Pelaksanaan Format Baharu Sasaran Kerja Tahunan (SKT) Dan Laporan Penilaian Prestasi (LPP) Mulai Tahun 2019 Kepada Staf Bukan Akademik

Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JKPU) dalam mesyuaratnya Ke-152 pada 13 Februari 2019 telah meluluskan pelaksanaan format baharu Sasaran Kerja Tahunan (SKT) dan Laporan Penilaian Prestasi (LPP) mulai tahun 2019 kepada staf bukan akademik Universiti yang dikenali sebagai "MyPerformance".

Fasa pertama pelaksanaan "MyPerformance" ini akan melibatkan hampir 2000 orang staf dari jabatan dan jabatan dan skim perkhidmatan seperti berikut:-

  1. Jabatan Pendaftar- semua kampus
  2. Jabatan Pendaftar- semua kampus
  3. Jabatan Pembangunan - semua kampus
  4. Jabatan Keselamatan- semua kampus
  5. Pusat Sejahtera (Pusat Perubatan dan Pergigian)
  6. Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni- semua kampus
  7. Pusat Pengetahuan Komunikasi dan Teknologi- semua kampus
  8. Perpustakaan- semua kampus
  9. Pusat Penerbit Universiti Sains Malaysia
  10. Salah satu jabatan di bawah Hospital Universiti Sains Malaysia - akan dikenal pasti
  11. Pegawai Tadbir (Skim N)- semua kampus
  12. Pegawai Sains (Skim C)- sekumpulan pegawai yang akan dikenal pasti
  13. Pegawai Penyelidik (Skim Q)- sekumpulan pegawai yang akan dikenal pasti

Bagi melancarkan pelaksanaan fasa pertama "MyPerformance" ini, sesi taklimat akan diberikan kepada jabatan/kumpulan skim terlibat secara berperingkat mulai pertengahan bulan Mac 2019. Dalam hal ini, pihak Universiti akan memaklumkan secara terperinci tarikh-tarikh sesi taklimat ini kepada jabatan/kumpulan skim terlibat dalam tempoh terdekat.

 

  • Hits: 5295

ALAMAT

Bahagian Sumber Manusia
Aras 4, Bangunan Canselori
11800 USM, Universiti Sains Malaysia
Tel : +604 653 6103
Fax : +604 653 9107/4315
Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.  |

PENGUNJUNG

Flag Counter