bsm 50usm OFFICIAL WEBSITE
BAHAGIAN SUMBER MANUSIA | UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Hebahan Iklan Kemajuan Kerjaya Staf Pentadbiran Tahun 2019

  • KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL
  • KUMPULAN PELAKSANA

Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan kemajuan kerjaya bagi staf Kumpulan Pengurusan & Profesional dan Kumpulan Pelaksana dibuka mulai 28 Mei 2019 hingga 17 Jun 2019.

Hebahan Iklan  dan Jawatan Kemajuan Kerjaya yang dibuka untuk permohonan adalah seperti berikut:

SYARAT-SYARAT UMUM

  1. Disahkan dalam jawatan.
  2. Diperakukan oleh Ketua Jabatan.
  3. Bebas daripada hukuman tatatertib.
  4. Telah mengisytiharkan harta.
  5. Lulus tapisan keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
  6. Bebas daripada disenaraikan sebagai peminjam pendidikan tegar dari institusi pinjaman pendidikan.
  7. Mencapai tahap prestasi yang ditetapkan: Markah Laporan Penilaian Prestasi Tahunan [LPPT] purata tidak kurang 80% bagi tiga tahun terakhir.

 MAKLUMAN PENTING

  1. Permohonan yang tidak lengkap dan lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.
  2. Permohonan kenaikan pangkat akan dianggap terbatal sekiranya didapati pemohon memberikan maklumat yang tidak benar.
  3. Pihak Universiti berhak untuk menentukan penempatan bagi calon-calon yang berjaya mengikut keperluan.
  4. Universiti berhak untuk tidak melantik calon ke jawatan berkenaan jika tiada calon yang layak.
  5. Calon yang dinaikkan pangkat ke jawatan yang dilantik tidak boleh menerimanya secara bersyarat.

TATACARA PERMOHONAN

  1. Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Permohonan melalui sistem MyKerjaya@USM di portal Campusonline.
  2. Bagi permohonan ke Gred 14 hingga 40 : Sila hantar Borang Permohonan Kemajuan Kerjaya kepada Pegawai Penilai Pertama (PPP) dan Pegawai Penilai Kedua (PPK) melalui sistem MyKerjaya@USM.
  3. Bagi permohonan ke Gred 42 hingga 54: Sila hantar Borang Permohonan Kemajuan Kerjaya kepada Ketua Jabatan (KJ) melalui sistem MyKerjaya@USM.
  4. Semua pemohon diminta untuk mengemaskini SKT melalui portal Campusonline  menggunakan aplikasi MyPerformance/ Human Capital Management System (HCMS).
  5. Pemohon hendaklah mengemaskini perisytiharan harta melalui portal Campusonline menggunakan aplikasi EHarta.
  6. Tarikh Penilaian Kemajuan Kerjaya oleh Pegawai Penilai Pertama (PPP), Pegawai Penilai Kedua (PPK) dan Ketua Jabatan (KJ) adalah pada 28 Mei 2019 hingga 24 Jun 2019. Pemohon dikehendaki menyemak status permohonan dari semasa ke semasa bagi memastikan penilaian dibuat selewatnya pada 24 Jun  2019 oleh PPP, PPK atau KJ.

TATACARA PENILAIAN OLEH PEGAWAI PENILAI PERTAMA, PEGAWAI PENILAI KEDUA DAN KETUA JABATAN

  1. Penilaian hendaklah dibuat melalui Sistem MyKerjaya@USM menggunakan menu Penilaian PPP/PPK/KJ.
  1. PPP, PPK dan KJ boleh terus menilai calon apabila menerima emel makluman penilaian daripada sistem.