Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera.

YBhg. Dato' Seri/ Datuk/ Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan/ Cik,

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar akan menganjurkan Podcast: Sembang Kaunselor HR USM 2024 seperti butiran berikut : - 

Tarikh            : Februari 2024 – Mei 2024  

Masa              : 10.00 pagi - 11:30 pagi 

Medium         : Facebook Live "Perkhidmatan Perundingan & Kaunseling Staf USM" (https://www.facebook.com/kaunselorstafusm)  

Podcast: Sembang Kaunselor HR USM 2024 merupakan Program perkongsian ilmu secara dalam talian oleh Pegawai-Pegawai Psikologi Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar. Pada tahun ini, Program Sembang Kaunselor@USM memperkenalkan konsep Podcast secara lebih santai dalam berdiskusi tentang aspek kesihatan mental, emosi, kaunseling dan psikologiPodcast ini akan berlangsung sebanyak empat (4) episod dengan kupasan topik yang sangat menarik dan bervariasi baharu. Kesemua slot Podcast ini akan bersiaran secara langsung menerusi Facebok Perkhidmatan Perundingan dan Kaunseling Staf USM.

Sehubungan itu, YBhg. Dato' Seri/ Datuk/ Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan/ Cik, dijemput untuk menyertai program ini secara PERCUMA dengan pemberian mata myCPD Staf & myCSD Pelajar USM. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, YBhg. Dato' Seri/ Datuk/ Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan/ Cik, boleh menghubungi Puan Nur Amirah Asyikin binti Hasmizar di samb. 6077 (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.) & Encik Mohamad Hafiz bin Yusoff di samb. 6100 (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.). 


Laman Pautan Pendaftaran :  

Pendekatan Kasar & Keras! Manusia Mana yang Suka? - https://forms.office.com/r/bmNVjhWtSP

Sayang... Tapi TOKSIK! - https://forms.office.com/r/6xfesTxwTY

Cure Your Insecurities - https://forms.office.com/r/FZcHdygpeu

Aku, Kau dan Kita - https://forms.office.com/r/F5uGwkLs7J

 

Sekian, terima kasih.

 

ALAMAT

Bahagian Sumber Manusia
Aras 4, Bangunan Canselori
11800 USM, Universiti Sains Malaysia
Tel : +604 653 6103
Fax : +604 653 9107/4315
Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.  |

PENGUNJUNG

Flag Counter