Kebenaran Belajar Secara Sambilan & Pengecualian Yuran Pengajian

Syarat Syarat Belajar Sambilan:

Staf yang layak dipertimbangkan berdasarkan kepada syarat-syarat berikut:

  • Telah disahkan dalam jawatan.
  • Mendapat perakuan Ketua Jabatan.
  • Pengajian yang diikuti tidak akan menganggu tugas hakiki.
  • Pembiayaan yuran pengajian atas tanggungan sendiri. Sila lihat syarat pengecualian yuran pengajian sekiranya belajar secara sambilan di USM.
  • Pengajian di Institusi Pengajian Tinggi dalam negara.
  • Kursus yang diikuti adalah di peringkat Diploma, Ijazah Pertama, Diploma Lanjutan, Sarjana dan Kedoktoran (PhD). Kursus yang diikuti adalah kursus yang telah diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia melalui Jawatankuasa Tetap Penilaian dan Pengiktirafan Kelayakan (JTPPK) [Lihat Di Sini]

Pegawai Yang Telah Diluluskan Mengikut Belajar Secara Sambilan Layak Kemudahan Seperti Berikut:

  1. Cuti Tanpa Rekod hanya diberi kepada staf yang telah diluluskan Kebenaran Mengikuti Belajar Secara Sambilan berdasarkan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil.7 Tahun 2009 – Kemudahan Cuti Kursus Sambilan (CKS) Kepada Pegawai Yang Mengikuti Pengajian Secara Sambilan Di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Dalam Negara:
    • Tempoh CKS adalah mengikut tempoh sebenar kursus intensif dan tidak melebihi 30 hari dalam satu tahun pengajian dan pegawai perlu memohon dengan mengisi borang Cuti Tanpa Rekod;
    • Tempoh maksimum CKS bagi setiap permohonan boleh dihadkan oleh Ketua Jabatan bagi memastikan tugas hakiki pegawai tidak terganggu;
    • Sekiranya pegawai telah mengambil tempoh maksimum CKS dan masih memerlukan cuti tambahan, pegawai perlulah menggunakan bagi cuti rehat yang masih ada ataupun memohon Cuti Tanpa Gaji bagi menampung perbezaan tempoh tersebut;
    • Sekiranya kursus intensif jatuh pada hari Cuti Umum, maka pegawai tidak boleh menuntut CKS sebagai gantian kepada hari tersebut;
    • Pegawai layak diberi kemudahan CKS untuk mengikuti kursus sambilan maksimum 2 kali pengajian sepanjang tempoh perkhidmatan;
    • Kemudahan yang diberikan ini bukan satu hak mutlak pegawai dan ianya tertakluk kepada kelulusan pihak Universiti;
    • Kemudahan CKS ini tidak boleh dibawa ke tahun hadapan, sekiranya pegawai tidak menggunakan kemudahan ini pada tahun semasa;
    • Kemudahan CKS ini tidak meliputi hari perjalanan pergi dan balik
  2. Kemudahan Cuti Tanpa Rekod pada hari peperiksaan sahaja seperti yang ditetapkan mengikut jadual peperiksaan. (rujukan Perintah A 44 Bab ‘C’, Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9 Tahun 1991 dan Perbekalan Cuti Universiti)
  3. Staf yang telah diluluskan Kebenaran Mengikuti Belajar Secara Sambilan bertempat di Universiti Sains Malaysia boleh memohon Pengecualian Yuran Pengajian dengan mengisi Borang PY, tertakluk kepada kelulusan dan berdasarkan keputusan peperiksaan atau laporan kemajuan setiap semester.

Pengecualian Yuran

Syarat Syarat Pengecualian Yuran (PY): (Staf yang layak dipertimbangkan berdasarkan kepada syarat-syarat berikut:-)

  • Telah mendapat surat kelulusan kebenaran mengikuti Belajar Secara Sambilan
  • Telah disahkan dalam jawatan
  • Mendapat perakuan Ketua Jabatan
  • Pengajian yang diikuti hanya di Universiti Sains Malaysia sahaja
  • Pertimbangan PY pengajian berdasarkan keputusan peperiksaan atau laporan kemajuan setiap semester dan sidang akademik semasa sahaja.
  • Perlu sertakan salinan keputusan peperiksaan atau laporan kemajuan yang telah disahkan.
  • PY pengajian berdasarkan keputusan peperiksaan atau laporan kemajuan semasa/terkini untuk PY pengajian semester dan sidang akademik seterusnya.
  • PY pengajian tidak diberi sepanjang pengajian kerana pertimbangan berdasarkan keputusan peperiksaan atau laporan kemajuan setiap semester dan tahun semasa sahaja.
  • PY pengajian yang tertunggak tidak akan diberi Pengecualian oleh Universiti.
  • Pertimbangan pelanjutan PY pengajian adalah tertakluk kepada keputusan laporan kemajuan/peperiksaan setiap semester Pertimbangan diberi kepada staf yang memohon sahaja

Pemohon PY adalah daripada staf yang mengikuti pengajian di Universiti Sains Malaysia sahaja bagi program pengajian berikut:

  1. Rancangan Ijazah Tinggi; dan
  2. Rancangan Pendidikan Jarak Jauh
(a) Rancangan Ijazah Tinggi

Mod Penyelidikan:

Contoh:

Laporan Kemajuan mencapai keputusan BAIK pada semester 2 2010/2011

Pertimbangan PY untuk semester 1 2011/2012

  1. Pertimbangan adalah berdasarkan keputusan laporan kemajuan yang perlu didapati dari Institut Pengajian Siswazah. Pertimbangan adalah berdasarkan prestasi laporan kemajuan staf yang perlu mencapai sekurang-kurangnya peringkat BAIK.
  2. Bagi tahap pencapaiannya diperingkat Memuaskan/ Sederhana/ Tidak Memuaskan/Lemah tidak diberi pengecualian yuran pengajian.

Mod Kerja Kursus/Campuran:

Contoh:

Keputusan peperiksaan mencapai PNGK 3.00 pada semester 2 2010/2011

Pertimbangan PY untuk semester 1 2011/2012

  1. Pertimbangan adalah berdasarkan keputusan peperiksaan yang telah disahkan yang perlu dikemukakan oleh staf sendiri. Tahap pencapaian keputusan peperiksaan adalah PNGK 3.00 ke atas.
  2. Bagi yang mencapai keputusan kurang dari PNGK 3.00 ke bawah tidak akan diberi pengecualian yuran pengajian.
(b) Rancangan Pendidikan Jarak Jauh
Peringkat Pengajian Ijazah Sarjana Muda seperti berikut:

Berkhidmat 25 tahun atau lebih:

Contoh:

Keputusan peperiksaan mencapai PNGK 3.00 pada semester 2 2010/2011

Pertimbangan PY untuk semester 1 2011/2012

  1. Pertimbangan pengecualian yuran pengajian KALI PERTAMA bagi staf yang berkhidmat dengan Universiti Sains Malaysia selama 25 tahun atau lebih boleh diberi secara ‘kes khas’.
  2. Bagi tahap pencapaiannya diperingkat Memuaskan/ Sederhana/ Tidak Memuaskan/Lemah tidak diberi pengecualian yuran pengajian.

Mod Kerja Kursus/Campuran:

Contoh:

Keputusan peperiksaan mencapai PNGK 3.00 pada semester 2 2010/2011

Pertimbangan PY untuk semester 1 2011/2012

  1. Pertimbangan adalah berdasarkan keputusan peperiksaan yang telah disahkan yang perlu dikemukakan oleh staf sendiri. Tahap pencapaian keputusan peperiksaan adalah PNGK 3.00 ke atas.
  2. Pelanjutan pengecualian yuran pengajian seterusnya adalah tertakluk kepada keputusan peperiksaan PNGK 3.00 ke atas.

Berkhidmat kurang 25 tahun:

Contoh:

Keputusan peperiksaan mencapai PNGK 3.00 pada semester 2 2010/2011

Pertimbangan PY untuk semester 1 2011/2012

  1. Pertimbangan pengecualian yuran pengajian KALI PERTAMA kepada staf yang berkhidmat kurang dari 25 tahun di Universiti Sains Malaysia dipertimbangkan berdasarkan keputusan peperiksaan peperiksaan PNGK 3.00 ke atas.
  2. Pelanjutan pengecualian yuran pengajian seterusnya adalah tertakluk kepada keputusan peperiksaan PNGK 3.00 ke atas

PY kali pertama: Staf yang memohon pengecualian yuran pengajian kali pertama dan tidak pernah dipertimbangkan pengecualian yuran pengajian sebelum ini

PY kali kedua dan berikutnya (pelanjutan): Staf yang memohon pelanjutan pengecualian yuran pengajian dan pernah diberi kelulusan pengecualian yuran pengajian sebelum ini.

ALAMAT

Bahagian Sumber Manusia
Aras 4, Bangunan Canselori
11800 USM, Universiti Sains Malaysia
Tel : +604 653 6103
Fax : +604 653 9107/4315
Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.  |

PENGUNJUNG

Flag Counter