Mengekalkan Bakat Staf Akademik Selepas Bersara Secara Lantikan Melalui Flexible Scheme For Retired Scholars (FSRS)

! Informasi Terkini 

Dimaklumkan bahawa Permohonan bagi Pensyarah Universiti melalui Pelantikan Flexible Scheme for Retired Scholars (FSRS) mulai 1 Januari 2020 telah diteliti dan ditambahbaik proses lantikannya berdasarkan keperluan dan kesesuaian pihak Universiti pada masa ini. 

Pihak Universiti telah memutuskan bahawa calon tidak perlu lagi untuk mengisi borang permohonan untuk pertimbangan Dekan/Pengarah Pusat Tanggungjawab/Pusat sebaliknya pihak pengurusan tertinggi Universiti akan mengeluarkan tawaran Pelantikan FSRS bagi calon yang dikenalpasti untuk membantu Agenda kritikal Universiti disamping meneruskan keperluan pengajaran dan pembelajaran di Pusat Tangungjawab yang berkenaan.

Pelantikan ini khususnya untuk menjayakan Agenda Kritikal Universiti dan pada yang sama sebagai pelan penggantian bagi memastikan kesinambungan dalam pembangunan bakat kepada tenaga pengajar yang baru melalui pengalaman dan kepakaran dikalangan pesara dalam sesuatu tempoh tertentu.

Sehubungan dengan ini, proses pelantikan Pensyarah Universiti FSRS bagi ketiga-tiga kampus akan diuruskan oleh Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar, Universiti Sains Malaysia, Kampus Induk. Sebarang maklumbalas dan pertanyaan lanjut mohon pihak tuan/puan untuk berhubung dengan :

 

Encik Mohd Azizudin Mohd Sharif
Timbalan Pendaftar Kanan 
Bahagian Sumber Manusia
Universiti Sains Malaysia
11800 Pulau Pinang.

 Latar Belakang 

Bakat yang kompeten dan mempunyai nilai keperibadian yang sesuai dengan hala tuju organisasi merupakan sumber yang penting kepada kelangsungan kejayaan sesebuah organisasi. Dalam konteks institusi pengajian tinggi (IPT) di Malaysia, kerajaan melalui Malaysia Education Blueprint 2021-2025 telah menggariskan isu-isu strategik bagaimana IPT perlu bertindak secara proaktif untuk membangunkan ekosistem yang bersesuaian dengan cabaran persekitaran yang sangat kompetitif. Ini termasuklah membangunkan strategi dalam menarik, mengekal dan membangunkan bakat yang kompeten.

Persaraan seseorang ahli akademik kanan meninggalkan jurang yang sangat besar kepada kelangsungan sumbangannya dalam bidang kepakaran masing-masing kepada Universiti dan juga negara. Justeru USM telah merangka strategi extrinsic reward yang kompetitif dan bersesuaian dengan kemampuan kewangan Universiti dalam usaha untuk mengekalkan bakat yang kompeten dan berpengalaman dalam ekosistem bakat USM

Prinsip Lantikan

Prinsip asas pelantikan secara FSRS ialah seperti berikut :

  1. Melantik semula Profesor dan staf akademik yang kompeten yang telah bersara sebagai staf USM dengan lantikan melalui FSRS.
  2. Tempoh lantikan ialah 12 bulan (setahun) selaras dengan sumber dan had kuasa Naib Canselor.
  3. Setiap permohonan perlu dibentangkan dan diperakukan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kecil PTJ (bagi PTJ yang disentralisasi) atau diperakukan oleh Ketua Jabatan (bagi PTJ yang tidak disentralisasi) sebelum dikemukakan ke Bahagian Sumber Manusia.
  4. Calon yang memohon akan melalui proses saringan oleh Pejabat Ombudsman dan Pejabat Perundangan Universiti.
  5. Hanya Profesor dan staf akademik diperakukan oleh Pusat Pengajian yang dipohon atau/dan panel yang dipengerusikan oleh TNC (Akademik) akan dibawa kepada Naib Canselor untuk kelulusan lantikan.
  6. Status Profesor dan ahli akademik yang lantik adalah sama seperti staf akademik USM yang lain.
  7. Gred jawatan Profesor (Gred Khas A,B,C) dikekalkan dengan ganjaran kewangan mengikut jadual honorarium lantikan melalui FSRS.
  8. Semua Profesor dan staf akademik tertakluk kepada trek laluan kerjaya lantikan melalui FSRS.
  9. Kelayakan cuti tahunan ditetapkan sebanyak 30 hari untuk genap setahun perkhidmatan. Baki cuti tahunan yang tidak dihabiskan tidak boleh dibawa ke tahun berikutnya (sekiranya dilantik semula) serta tidak dibayar Award Wang Tunai (AWT) sebagai ganti cuti tahunan. Tiada kenaikan gaji tahunan dan tiada kenaikan pangkat.
  10. Profesor dan staf akademik yang telah dilantik kontrak sebelum ini akan kekal dengan bayaran gaji seperti termaktub dalam kontrak sehingga tamat tempoh lantikan dan boleh dipertimbangkan bagi lantikan melalui FSRS apabila permohonan dikemukakan kepada kepada pihak Universiti.
  11. Staf lantikan melalui FSRS boleh menerima pelantikan/bayaran honororium daripada pihak USAINS atau industri dengan syarat mendapat kelulusan Naib Canselor.
  12. Staf lantikan melalui FSRS layak memohon Cuti Penyelidikan/ Cuti Persidangan  dengan syarat mendapat kelulusan Naib Canselor.
  13. Gred jawatan Profesor (Gred Khas A,B,C) dikekalkan dengan ganjaran kewangan mengikut jadual honorarium lantikan melalui FSRS seperti berikut :

     Jawatan Honorarium Sebulan      Dibayar secara pukal dan tiada kenaikan honorarium tahunan.
     Profesor A  RM 12,000
     Profesor B  RM 10,000
     Profesor C  RM 8,000
     Profesor Madya / Setaraf  RM 6,000


  14. Semua Profesor dan staf akademik yang dilantik adalah tertakluk kepada trek laluan kerjaya FSRS. Trek-trek tersebut ialah :
    • TREK PENGAJARAN
    • TREK PENGAJARAN (USAINS)
    • TREK PENYELIDIKAN
    • TREK KEPIMPINAN INSTITUSI
    • TREK AMALAN PROFESIONAL
    • TREK AMALAN PROFESIONAL (USAINS)
    • TREK AMALAN PROFESIONAL (CLINICIAN)
  15. KPI/KIP akan ditetapkan oleh PTJ masing-masing. Staf perlu melalui proses penetapan SKT dan penilaian prestasi tahunan. KPI berdasarkan trek yang telah digariskan oleh pihak Universiti adalah seperti berikut :

Terma Rujukan Pelantikan FSRS

 Bil KPI TREK PENGAJARAN
 1 Mengajar peringkat sarjana muda/pasca siswazah
 2  Menyelia pelajar sarjana muda/pasca siswazah
3 Menjadi mentor kepada staf akademik
4 Menerbitkan satu (1) hasil penulisan (ISI & Scopus) sebagai penulis utama/corresponding author (sama ada berkaitan bidang pengajaran atau bidang utama staf)
5 Memulakan sekurang-kurangnya satu (1) inisiatif untuk membangunkan open educational resources bagi sekurang-kurangnya satu (1) kursus.
6 Lain –lain Impak (jika ada)

 **Bagi pemohonan  untuk Trek Pengajaran, PTJ yang dipohon oleh calon perlu PTJ Akademik yang diluluskan oleh Senat termasuk REDAC, CCB,CENPRIS

 Bil KPI TREK PENGAJARAN (USAINS)
1 KPI akan ditentukan oleh pihak USAINS.

 **Bagi pemohonan  untuk Trek Pengajaran (USAINS),  pemohon perlu pastikan terdapat projek/dana yang boleh menampung pembayaran honorarium bagi setiap bulan dengan menyertakan maklumat projek berkenaan)

 Bil  KPI TREK PENYELIDIKAN
1 Mengajar peringkat sarjana muda/pasca siswazah
2 Menyelia pelajar sarjana muda/pasca siswazah
3 Menjalankan inisiatif mendapatkan geran penyelidikan luar dan menunjukkan kepimpinan dalam penyelidikan melalui proses mentoring
4 Menerbitkan tiga @ empat (3@4) hasil penulisan (ISI & Scopus) sebagai penulis utama/corresponding author (khususnya reviewed paper.
5 Lain –lain Impak (jika ada)

 ***Bagi pemohonan untuk Trek Penyelidikan, PTJ Akademik /PTJ Penyelidikan ataupun PTJ-PTJ lain yang boleh memberi impak kepada penyelidik contohnya seperti NEXUS.

 Bil KPI TREK KEPIMPINAN INSTITUSI
1 Menjadi mentor kepada staf akademik mahupun pentadbiran yang berkaitan
2 Mengerakkan satu (1) agenda kritikal yang mempunyai kaitan dengan agenda nasional dan global di peringkat Universiti
3 Menyampaikan ucaptama (keynote) dalam dua (2) acara penting di peringkat nasional dan global.
4 Menerbitkan satu (1) hasil penulisan (ISI & Scopus) sebagai penulis utama/corresponding author (sama ada berkaitan bidang kepimpinan atau bidang utama staf).
5 Lain –lain Impak (jika ada)

 ***Bagi pemohonan untuk Trek Kepimpinan Institusi, PTJ/ tempat bertugas akan ditentukan /diputuskan oleh Universiti. Pemohon juga perlu dikehendaki untuk mengajar/menyelia pelajar jika ada keperluan.

 Bil KPI TREK AMALAN PROFESIONAL
1 Mengajar peringkat sarjana muda/pasca siswazah, atau menyelia pelajar sarjana muda/pasca siswazah
2 Menjadi mentor kepada staf akademik
3 Menerbitkan satu (1) hasil penulisan (ISI & Scopus) sebagai penulis utama/corresponding author (sama ada berkaitan bidang profesional atau bidang utama staf)
4 Mengendalikan kerja perundingan dengan jumlah insentif minimum sebanyak RM 500K setahun.
5 Lain –lain Impak (jika ada)

 ***Bagi pemohonan untuk Trek Amalan Profesional, permohonan lantikan FSRS adalah di PTJ yang ditentukan/diputuskan oleh Universiti.

 Bil KPI TREK AMALAN PROFESIONAL (USAINS)
1 KPI akan ditentukan oleh pihak USAINS.
2 Lain –lain Impak (jika ada)

 ***Bagi pemohonan untuk Trek Pengajaran (USAINS), pemohon perlu pastikan terdapat projek/dana yang boleh menampung pembayaran honorarium bagi setiap bulan dengan menyertakan maklumat projek berkenaan)

 Bil KPI TREK AMALAN PROFESIONAL (CLINICIAN)
1 Menjadi mentor kepada staf akademik
2 Menerbitkan satu (1) hasil penulisan (ISI & Scopus) sebagai penulis utama/corresponding author(sama ada berkaitan bidang profesional atau bidang utama staf)
3 Menjana kewangan minimum RM 500K setahun
4 Memberi perkhidmatan kepakaran di HUSM / IPPT
5 Menjalankan ward round, clinical teaching dan bedside teaching.
6 Lain –lain Impak (jika ada)

Cara Permohonan

Permohonan perlulah menggunakan Borang Permohonan Pelantikan Melalui Flexible Scheme For Retired Scholars (FSRS). Permohonan perlu dikemukakan kepada Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar selewat-lewatnya tiga (3) bulan sebelum tamat sesuatu tempoh perkhidmatan.

Carta Alir Proses Lantikan

cartaalirfsrs

 

Penutup

Diharap strategi dan pelaksanaan FSRS ini dapat membantu pihak Universiti dalam mengekalkan bakat terbaik dalam ekosistem pengurusan sumber manusia Universiti Sains Malaysia. 

  • KPI/KIP akan ditetapkan oleh PTJ masing-masing. Staf perlu melalui proses penetapan SKT dan penilaian prestasi tahunan. KPI berdasarkan trek yang telah digariskan oleh pihak Universiti adalah seperti berikut :
 Bil KPI TREK PENGAJARAN
1 Mengajar peringkat sarjana muda/pasca siswazah
2 Menyelia pelajar sarjana muda/pasca siswazah
3 Menjadi mentor kepada staf akademik
4 Menerbitkan satu (1) hasil penulisan (ISI & Scopus) sebagai penulis utama/corresponding author(sama ada berkaitan bidang pengajaran atau bidang utama staf)
5 Memulakan sekurang-kurangnya satu (1) inisiatif untuk membangunkan open educational resources bagi sekurang-kurangnya satu (1) kursus.
6 Lain –lain Impak (jika ada)

 

 

ALAMAT

Bahagian Sumber Manusia
Aras 4, Bangunan Canselori
11800 USM, Universiti Sains Malaysia
Tel : +604 653 6103
Fax : +604 653 9107/4315
Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.  |

PENGUNJUNG

Flag Counter