Perlantikan Felo Pasca Doktoral (FPD)

Senarai Borang Felo Pasca Doktoral

Prosedur Permohonan

Muat turun Application Form For Post Doctoral Fellow (New Appointment) [Klik Di Sini]

Kriteria Calon

  1. Mempunyai kelayakan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) atau sekurang- kurangnya surat Senat atau yang setara.
  2. Mempunyai merit akademik dan output penyelidikan yang baik sekurang-kurangnya dua (2) penerbitan di dalam ISI Web of Science (calon bidang sains) atau Scopus (calon bidang bukan sains) dalam tiga (3) tahun terakhir.

Kriteria Penyelia

  1. Melibatkan diri secara berterusan dalam penyelidikan, penerbitan dan penyeliaan.
  2. Merupakan staf akademik warganegara yang bertaraf Tetap
  3. Mempunyai geran penyelidikan yang aktif dalam tempoh minimum satu (1) tahun pada tarikh permohonan diterima oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar.
  4. Telah mengijazahkan pelajar PhD sebagai Penyelia Utama.
  5. Melibatkan diri secara aktif sebagai penyelidik dalam tempoh lima (5) tahun terakhir.

Pelan Perancangan Penyelidikan

Kepentingan penyelidikan kepada bidang penyelidikan sedia ada di USM.

Sumber Pembiayaan

Pembiayaan daripada peruntukan USM:

  • Honorarium RM6,173.47 sebulan secara pukal.
  • Tiada peningkatan honorarium bagi pelantikan semula.

Kemudahan Pelantikan

  1. Perubatan : Untuk diri sendiri sahaja di Pusat Sejahtera/Klinik Institut Perubatan & Pergigian Termaju (IPPT)/ Hospital USM (HUSM).
  2. Cuti: Cuti Rehat empat belas (14) hari setahun dari tarikh lantikan.
  3. Tambang :
    1. Tambang penerbangan pergi dan balik kelas ekonomi mengikut jarak terdekat untuk diri sendiri sahaja. (Kemudahan bagasi berlebihan /excess baggage tidak diberikan)
    2. Sekali sahaja sepanjang tempoh lantikan di USM.
    3. Calon yang telah berada di Malaysia semasa lantikan dibuat hanya layak tambang balik ke negara domisil sahaja.
    4. Calon warganegara Malaysia tidak layak tambang penerbangan kecuali jika sedang berkhidmat di luar negara semasa lantikan dibuat.

Perkara Untuk Perhatian

  1. Borang permohonan bersama dokumen yang berkaitan perlu dikemukakan kepada Pegawai Pentadbiran – Sumber Manusia Pusat Tanggungjawab (PTJ) masing-masing atau ke Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (Seksyen Pengambilan dan Pembangunan Staf), Jabatan Pendaftar, Universiti Sains Malaysia, 11800 Pulau Pinang.
  2. Tempoh lantikan FPD adalah satu (1) tahun dan boleh dipertimbangkan pelantikan semula untuk satu (1) tahun lagi, menjadikan jumlah pelantikan keseluruhan maksimum ialah dua (2) tahun.
  3. FPD yang telah/pernah berkhidmat selama dua (2) tahun di USM tidak layak memohon. (Tempoh lantikan adalah secara kumulatif walaupun Pusat Pengajian/Penyelia yang berbeza atau FPD telah letak jawatan).
  4. FPD yang telah dilantik dikehendaki mengemukakan borang Post Doctoral Fellow Output Report / Reappointment kepada PTJ tiga (3) bulan sebelum FPD tamat tempoh untuk rekod dan pemantauan.
  • Hits: 6953

ALAMAT

Bahagian Sumber Manusia
Aras 4, Bangunan Canselori
11800 USM, Universiti Sains Malaysia
Tel : +604 653 6103
Fax : +604 653 9107/4315
Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.  |

PENGUNJUNG

Flag Counter