• Cuti Rehat

    Cuti rehat seboleh-bolehnya diambil pada tiap-tiap tahun oleh staf untuk tujuan kecekapan dan juga untuk kepentingan staf itu sendiri. Ketua Jabatan hendaklah menyediakan seberapa yang boleh, jadual giliran bercuti bagi staf di bawah jagaannya.

    1. Cuti rehat seboleh-bolehnya diambil pada tiap-tiap tahun oleh staf untuk tujuan kecekapan dan juga untuk kepentingan staf itu sendiri. Ketua Jabatan hendaklah menyediakan seberapa yang boleh, jadual giliran bercuti bagi staf di bawah jagaannya.
    2. Seseorang staf yang hendak menggunakan semua atau sebahagian daripada cuti rehatnya di luar Malaysia hendaklah terlebih dahulu mendapatkan kebenaran daripada Naib Canselor.
    3. Bagi cuti rehat ke luar Negara (ke Negara-Negara terhad) seperti di Lampiran A, staf dikehendaki mengemukakan permohonan cuti rehat bersama-sama Borang A dan B. Manakala permohonan cuti rehat ke luar Negara selain daripada Negara-Negara terhad, staf dikehendaki mengemukakan borang permohonan cuti rehat bersama-sama Borang A sahaja. Permohonan hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya dua (2) bulan sebelum bercuti.
    Rujukan:
    • Surat Pekeliling Am (Kementerian Pendidikan Malaysia) Bil. 1 Tahun 1984.
    • Surat Pekeliling Am (Kementerian Pendidikan Malaysia) Bil. 1 Tahun 1985.


    KELAYAKAN CUTI REHAT

    Kumpulan/Gred SSM**Dan Setaraf Kadar Cuti Rehat (Hari)
    Kurang 10 Tahun Perkhidmatan Yang Melayakkan Kurang 10 Tahun Perkhidmatan Yang Melayakkan
    Pengurusan Tertinggi 25 30 30 25 30 35
    Gred 31 - 54 25 30 30 25 30 35
    Gred 21 - 30 25 25 25 25 30 30
    Gred 1 - 20 20 20 20 25 25 25


    • Lantikan 1 Januari 2009 (Pekeliling Perkhidmatan Bil. 14 Tahun 2008)
    • Lantikan 1 September 2005 (Pekeliling Perkhidmatan Bil. 20 Tahun 2005)
    • Lantikan Sebelum 1 September 2005 (Pekeliling Perkhidmatan Bil. 04 Tahun 2002)
    Sila Rujuk Buku Perbekalan Cuti Universiti
  • Cuti Separuh Gaji

    • Naib Canselor boleh meluluskan cuti separuh gaji tidak melebihi 14 hari dalam satu-satu tahun kepada staf di atas sebab-sebab kesihatan sanak saudara yang rapat kepada staf itu.
    • Kadar cuti separuh gaji yang boleh diluluskan ialah sebanyak 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan yang melayakkan, tetapi tidak boleh melebihi 180 hari.
    • Cuti separuh gaji tidak boleh diberi kepada staf wanita di atas sebabsebab bersalin.
  • Cuti Tanpa Gaji

    Sebab-sebab Cuti Tanpa Gaji
    • Atas Sebab Peribadi Mustahak
    • Mengikut Pasangan Berkursus/Berkhidmat Di Dalam/Luar Negara
    • Staf yang ingin mengikuti pasangan mereka berkhidmat / berkursus di dalam atau di luar negara layak dipertimbangkan cuti tanpa gaji dengan syarat pasangan mereka:-
    • Telah dilantik berkhidmat / berkursus oleh Ketua Jabatannya;
    • Menjaga Anak
    • Tidak Hadir Bertugas Tanpa Cuti
  • Cuti Gantian / Cuti Pampasan

    • Seseorang staf yang dikehendaki menghadiri latihan atau khemah tahunan pasukan-pasukan sukarela seperti di Lampiran B boleh diberi cuti tanpa rekod selama tidak melebihi 30 hari di dalam satu-satu tahun.
    • Cuti tanpa rekod sebanyak dua (2) hari lagi (sekiranya hanya diperlukan sahaja) boleh diberikan bagi tujuan perjalanan ke tempat latihan atau khemah dan sebaliknya.
    • Sebarang cuti yang diperlukan lebih daripada ini akan ditolak daripada cuti rehat staf. Sekiranya staf tidak mempunyai cuti rehat lagi, kelulusan Naib Canselor hendaklah diperolehi.
  • Cuti Tanpa Rekod

    Sebab-sebab Cuti Tanpa Rekod

    • Cuti Menghadiri Latihan Pasukan Sukarelawan
    • Menghadiri Aktiviti-Aktiviti Pertubuhan / Persatuan
    • Kursus Latihan Semangat / Lathan Kepimpinan
    • Kursus Bercorak Agama / Dakwah
    • Kegiatan Kebudayaan
    • Menduduki Peperiksaan
    • Menghadiri Mesyuarat Persatuan / Pertubuhan Ikhtisas
    • Menghadiri Latihan / Kursus Syarikat Kerjasama
    • Menghadiri Kursus / Latihan / Seminar / Atau Mesyuarat Kerjasama
    • Cuti Mengambil Bahagian Di Dalam Acara Olahraga / Sukan
    • Mengikuti Kursus Insentif Di Bawah Program Pendidikan Jarak Jauh (PPJJ)
    • Kemudahan Cuti Bersalin Isteri
    • Kemudahan Cuti Urusan Kematian Ahli Keluarga Terdekat
    • Untuk STaf yang Dilantik Sebagai Jurulatih Program Latihan KHidmat Negara (PLKN)
    • Untuk Staf Yang Menjalani Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)
    • Untuk Pegawai Perkhidmatan Awam Yang Menderma Organ
    • Untuk Pegawai Perkhidmatan Awam Penganut Sikh
  • Cuti Atas Sebab Perubatan

    Sebab-sebab Cuti Atas Sebab Kesihatan

    • Cuti Sakit
    • Cuti Sakit Lanjutan
    • Cuti Kerantina
    • Cuti Bersalin
    • Cuti Kecederaan
    • Cuti Tibi, Kusta dan Barah
  • Cuti Menjaga Anak

    Bagi tujuan menjaga dan menyusukan bayinya, staf wanita boleh dipertimbangkan cuti tanpa gaji sehingga tidak melebihi 1,825 hari (5 tahun) bagi Cuti Menjaga Anak yang bersambung daripada Cuti Bersalin dan Cuti Menjaga Anak yang tidak terikat dengan Cuti Bersalin. Sila rujuk perenggan 14(c).

  • Gantian Cuti Rehat - Award Wang TUnai (GCR-AWT) Bagi Cuti Rehat Yang Tidak Dapat Dihabiskan

    Universiti meluluskan Award Wang Tunai (AWT) iaitu gantian cuti rehat sebagai pemberian hadiah kepada staf yang bersara daripada perkhidmatan Universiti (wajib (Berpencen/KWSP) atau secara pilihan sendiri) pada hari persaraannya atau kepada staf yang meninggal dunia di dalam perkhidmatan tertakluk kepada syarat-syarat dan had yang 32 ditetapkan, bagi baki cuti rehat yang tidak dapat dihabiskan oleh sebab kepentingan perkhidmatan

  • Cuti Berkursus

    • Seseorang staf yang telah dipilih atau dibenarkan oleh Universiti untuk mengikuti apa jua jenis kursus latihan atau pengajian yang diakui sama ada dengan gaji penuh, separuh gaji atau tanpa gaji dan sama ada untuk kursus pendek atau panjang boleh diberi cuti bagi jangka masa berikut:-
      • Bagi tempoh kursus yang diikuti termasuk cuti akademik dan rehat yang jatuh di dalam masa kursus itu;
      • Bagi tempoh perjalanan ke tempat kursus dan perjalanan balik selepas kursus mengikut jalan yang paling terdekat; dan
      • Bagi tempoh menunggu di luar negara yang tidak dapat dielakkan yang disebabkan oleh urusan-urusan perjalanan tempatan.
    • Sebarang tempoh di dalam masa kursus yang kurang dari 12 bulan yang staf bercuti akademik atau penggal akan ditolak daripada apa-apa cuti rehat yang ia berkelayakan sebelum pergi berkursus itu. Sekiranya jumlah cuti akademik atau penggal itu adalah lebih panjang daripada cuti rehat yang ia berkelayakan, maka ini tidak akan ditolak daripada cuti rehat yang ia akan berkelayakan selepas tamat kursus itu kelak. 34 Seseorang staf yang mengikuti sesuatu kursus yang melebihi 12 bulan akan dianggap sebagai telah menghabiskan semua cuti rehat yang ia telah berkelayakan mendapat sebelum pergi berkursus itu.
    • Naib Canselor boleh meluluskan cuti rehat tidak melebihi tujuh (7) hari dari cuti terkumpul kepada staf yang baru menamatkan kursus latihan atau pengajian yang memakan masa lebih daripada 12 bulan.
  • Cuti Penyelidikan

    DASAR DAN PERATURAN CUTI PENYELIDIKAN
    UNIVERSITI SAINS MALAYSIA


    1.   Pengenalan

          Cuti Penyelidikan adalah satu kemudahan yang diberi kepada Pegawai Akademik dan Pegawai Penyelidik - Skim Q (selepas ini disebut sebagai Pegawai) yang berstatus tetap atau kontrak untuk menumpukan perhatian kepada pelaksanaan penyelidikan dalam bidang kepakaran masing-masing.

    2.   Objektif

          Memberi peluang kepada Pegawai untuk menumpukan perhatian kepada penyelidikan yang dijalankan.

    3.    Syarat dan Kelayakan

           3.1    Semua Pegawai berstatus tetap atau kontrak warganegara dan bukan warganegara yang telah berkhidmat sekurang kurangnya dua (2) tahun layak untuk memohon.
           3.2    Pegawai Akademik dan Pegawai Penyelidik yang memohon hendaklah mendapat kebenaran daripada Ketua Pusat Tanggungjawab (PTJ) dan kelulusan Timbalan Naib Canselor, Penyelidikan dan Inovasi.
           3.3    Cuti Penyelidikan ini adalah tidak terpakai bagi Pegawai yang sedang dalam tempoh Cuti Belajar. Sebarang Cuti Penyelidikan adalah tertakluk kepada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6, Tahun 2005.
           3.4    Pegawai hendaklah mempunyai geran penyelidikan aktif semasa mengemukakan permohonan.
           3.5    Surat Jemputan/Surat Tawaran/Surat Setuju Terima hendaklah disertakan bersama permohonan.
           3.6    Cuti Penyelidikan hendaklah tidak mengganggu tugas-tugas hakiki termasuklah  Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) dan penyeliaan, dan sebagainya.
           3.7    Cuti Penyelidikan hendaklah dilaksanakan di institusi dalam negara atau luar negara (IPTA/IPTS/Agensi Kerajaan/Agensi Swasta/Industri/dll) selain daripada PTJ tempat Pegawai bertugas.


    4.   Tempoh Cuti Penyelidikan

          Tempoh Cuti Penyelidikan yang dibenarkan adalah maksimum dua (2) bulan atau 60 hari (termasuk perjalanan pergi dan balik) untuk tempoh setahun.

    5.   Penerbitan dan Harta Intelek

          5.1   Segala penerbitan oleh Pegawai mestilah membawa nama Universiti Sains Malaysia (USM).
          5.2   Segala hak Harta Intelek selain daripada 5.1, sekiranya mendapat kebenaran daripada tempat pegawai menjalankan Cuti Penyelidikan, hendaklah membawa nama Universiti Sains Malaysia (USM). 

    6.   Kemudahan Yang Layak Diperolehi

          6.1    Emolumen dan elaun yang melayakkan dalam perkhidmatan. Walau bagaimanapun, pembayaran elaun tertentu akan dihentikan sekiranya pegawai mengambil kombinasi mana-mana jenis cuti yang tempohnya bersambungan
                  dan  melebihi 28 hari berturut-turut termasuk Hari Rehat Mingguan, Hari Kelepasan Mingguan dan Hari Kelepasan Am.
          6.2    Tuntutan Perjalanan (menggunakan geran penyelidikan masing-masing atau penaja).
          6.3    Tiada pembiayaan daripada Universiti kepada tanggungan staf semasa Cuti Penyelidikan.
          6.4    Kemudahan perlindungan insurans kesihatan sepanjang tempoh Pegawai menjalani Cuti Penyelidikan adalah di bawah tanggungan sendiri.
          6.5    Seseorang staf yang telah diluluskan bayaran apa-apa elaun berhubung dengan tugas-tugas khas pentadbiran atau elaun-elaun yang berkaitan dalam perkhidmatan seperti bayaran insentif perkhidmatan kritikal, bayaran insentif wilayah, elaun perumahan wilayah dan lain-lain bayaran atau elaun-elaun yang berkaitan dalam perkhidmatan akan dihentikan semasa berada dalam tempoh Cuti Penyelidikan.


    7.   Lapor Diri

          7.1    Pegawai hendaklah melapor diri kepada Ketua Jabatan setelah tamat tempoh Cuti Penyelidikan.
          7.2    Pegawai yang gagal melapor diri/tidak hadir bertugas tanpa kebenaran Ketua Jabatan boleh dilucutkan hak emolumen.
          7.3    Laporan ringkas aktiviti penyelidikan perlulah dikemukakan kepada Ketua Jabatan dalam tempoh dua (2) minggu selepas melapor diri.


    8.   Kaedah Permohonan

          8.1    Setiap permohonan perlu dibuat melalui menu eCuti di portal Campus Online dengan disertakan dokumen lampiran seperti 3.5.
          8.2    Permohonan hendaklah dibuat sekurang-kurangnya satu (1) minggu sebelum tarikh Cuti Penyelidikan.


    9.   Kenaikan Pangkat

          Pegawai boleh memohon untuk kenaikan pangkat sepanjang tempoh menjalani Cuti Penyelidikan tertakluk kepada syarat dan terma dalam iklan kemajuan kerjaya berkaitan.


    10.  Cuti Rehat

           Pegawai tidak dibenarkan mengambil Cuti Rehat semasa menjalani Cuti Penyelidikan kecuali bagi kes kecemasan yang munasabah.


    11.  Tatatertib

           Staf adalah dikehendaki pada setiap masa berkelakuan selaras dan seimbang dengan tanggungjawab sebagai Pegawai Badan Berkanun Kerajaan Malaysia dan Pegawai Universiti Sains Malaysia (USM).

     

    Jawatankuasa Task Force Cuti Penyelidikan
    30 Oktober 2023

     
    Nota:
    Kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JKPU) Ke-220, Bil. 1/2024 pada 17 Januari 2024

  • Cuti Bencana Alam

    • Ketua Jabatan boleh membenarkan staf di bawah kawalannya tidak hadir untuk menjalankan tugas akibat sesuatu kejadian kecemasan/bencana alam yang berlaku di kawasan kediaman staf berkenaan yang menyebabkan keadaan yang memaksa staf itu tidak 36 hadir kerja tertakluk kepada garis panduan yang ditetapkan oleh universiti. Tempohnya ialah selama tempoh berlakunya keadaan kecemasan atau bencana alam tersebut dan mestilah munasabah.
    • Kebenaran tidak hadir bekerja kerana sebab di atas tidak menjejaskan kelayakan cuti rehat staf berkenaan.
    • Di antara tragedi yang boleh dikategorikan sebagai bencana alam ialah seperti berikut:-
      • Banjir
      • Tanah Runtuh
      • Gempa Bumi
      • Jambatan Runtuh
      • Lain-lain Malapetaka dan Bencana Alam
      • Perintah berkurung dan perintah sekatan am oleh pihak berkuasa yang menyebabkan terhalangnya perjalanan ke pejabat atau ke tempat kerja biasa.
  • Cuti Haji

    • Naib Canselor boleh meluluskan cuti haji bergaji penuh selama 40 hari termasuk cuti hujung minggu dan hari kelepasan am kepada staf yang beragama Islam untuk menunaikan fardhu haji di Mekah. Sekiranya seseorang staf memerlukan tempoh lebih daripada 40 hari di atas sebab-sebab tertentu staf bolehlah memohon untuk menggunakan cuti rehatnya atau cuti tanpa gaji.
    • Cuti haji hanya boleh diluluskan sekali sahaja di dalam tempoh perkhidmatan seseorang staf dan tertakluk kepada syarat-syarat bahawa staf itu berjawatan tetap dan telah disahkan dalam jawatannya.
    • Kemudahan ini juga dipanjangkan kepada staf berjawatan sementara yang telah berkhidmat tidak kurang daripada enam (6) tahun secara berterusan.

ALAMAT

Bahagian Sumber Manusia
Aras 4, Bangunan Canselori
11800 USM, Universiti Sains Malaysia
Tel : +604 653 6103
Fax : +604 653 9107/4315
Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.  |

PENGUNJUNG

Flag Counter