• Persaraan Wajib / Persaraan Paksa

    • Diwajibkan ke atas staf yang telah mencapai umur wajib persaraan (55/56/58 atau 60);
    • Maklumat asas persaraan dihantar ke JPA dari tempoh 2 tahun sebelum tarikh persaraan;
    • Maklumat kedua bersama dengan maklumat peribadi dihantar kepada JPA dari tempoh minimum 3bulan sebelum tarikh persaraan;
    Faedah Formula Pengiraan
    a. Pencen Perkhidmatan 1/600  X   jumlah genapnya bulan perkhidmatan yang boleh dimasukkira X gaji yang akhir diterima tertakluk kepada maksimum sebanyak 60% daripada gaji yang akhir diterima bagi tempoh perkhidmatan yang dimasukkira 360 bulan atau lebih
    b. Ganjaran Perkhidmatan 7.5%  X  jumlah genapnya bulan perkhidmatan yang boleh dimasukkira  X  gaji yang akhir diterima
  • Persaraan Pilihan

    SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
    • Telah berumur 40 tahun pada tarikh permohonan termasuk staf lelaki dan wanita;
    • Telah genap 10 tahun perkhidmatan yang di ambilkira;
    • Telah disahkan dalam jawatan;
    • Telah diberi taraf pekerja berpencen;
    • Bebas daripada tindakan tatatertib mahkamah;
    • Tidak terikat dengan syarat-syarat kontrak biasiswa kerajaan atau USM. Bagi staf yang masih mempunyai ikatan kontrak biasiswa kerajaan atau USM , mereka perlu membayar gantirugi bagi mendapatkan pelepasan kontrak
    TATACARA PERMOHONAN
    • Staf perlu memohon 7 bulan dari tarikh persaraan yang dipohon
    • Surat permohonan daripada staf perlu melalui Ketua Jabatan
    • Ketua Jabatan perlu memberi komen sama ada setuju/tidak setuju membenarkan staf bersara secara pilihan
    • Staf perlu mencatatkan tarikh persaraan yang dipohon beserta sebab mengapa staf ingin memohon bersara pilihan
    • Perlu kemukakan Borang keterangan pegawai mengenai harta yang dimiliki menurut perintah Am Bab 'D' 1980 mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil.3 Tahun 2002 dan hendaklah diisi sebanyak 2 salinan.
    • Borang boleh diperolehi dari laman web JPA atau dari Unit Perkhidmatan & Saraan, Bahagian Sumber Manusia.
    • Borang keterangan perlu dikemukakan bersama dengan Borang Permohonan 2 salinan kad pengenalan
    Nota : Kelewatan mengemukakan permohonan untuk bersara secara pilihan sendiri, borang permohonan yang tidak lengkap kerana tidak melalui Ketua Jabatan dan tidak mengisi Borang Harta akan melewatkan proses mengemukakan permohonan staf ke Bahagian Pencen, JPA FAEDAH PERSARAAN PILIHAN

    Faedah Formula Pengiraan
    a. Pencen Perkhidmatan 1/600  X   jumlah genapnya bulan perkhidmatan yang boleh dimasukkira X gaji yang akhir diterima tertakluk kepada maksimum sebanyak setengah daripada gaji yang akhir diterima tetapi tidak kurang dari RM280.00 sebulan bagi tempoh perkhidmatan yang dimasukkira 300 bulan atau lebih
    b. Ganjaran Perkhidmatan 7.5%  X  jumlah genapnya bulan perkhidmatan yang boleh dimasukkira  X  gaji yang akhir diterima
  • Persaraan Atas Sebab Kesihatan

    DESKIRIPSI
    Anggota berpencen yang didapati tidak berupaya menjalankan kewajipan jawatannya kerana kelemahan akal atau tubuh yang kekal hendaklah dihadapkan ke Lembaga Perubatan mengikut lunas-lunas Pekeliling Perkhidmatan Bil. 10 Tahun 1995 dan sekiranya diperakukan oleh Lembaga tersebut, anggota berkenaan boleh dibersarakan.

    FAEDAH PERSARAAN

    Faedah Formula Pengiraan
    a. Pencen Perkhidmatan 1/600  X   jumlah genapnya bulan perkhidmatan yang boleh dimasukkira X gaji yang akhir diterima tertakluk kepada maksimum sebanyak setengah daripada gaji yang akhir diterima tetapi -
    • tidak boleh kurang daripada satu perlima daripada gaji akhir yang diterima; dan
    • tidak kurang dari RM280.00 sebulan bagi tempoh perkhidmatan yang dimasukkira 300 bulan atau lebih
    b. Ganjaran Perkhidmatan 7.5%  X  jumlah genapnya bulan perkhidmatan yang boleh dimasukkira  X  gaji yang akhir diterima
  • Persaraan Atas Sebab Kematian (Biasa)

    DESKIRIPSI

    Jika seseorang anggota mati semasa dalam perkhidmatan, faedah terbitan boleh diberi kepada orang tanggungan gemulah yang layak mengikut Seksyen 14 atau Seksyen 25 Akta 227 atau Seksyen 15 Akta 239. Ini termasuk orang tanggungan kepada anggota yang pernah dibersarakan di bawah Seksyen 12A Akta 227 atau Seksyen 13 Akta 239 yang mati sebelum layak menerima faedah persaraan.

    FAEDAH TERBITAN KERANA KEMATIAN ANGGOTA DALAM PERKHIDMATAN DESKIRIPSI

    Jika seseorang anggota mati semasa dalam perkhidmatan, faedah terbitan boleh diberi kepada orang tanggungan gemulah yang layak mengikut Seksyen 14 atau Seksyen 25 Akta 227 atau Seksyen 15 Akta 239. Ini termasuk orang tanggungan kepada anggota yang pernah dibersarakan di bawah Seksyen 12A Akta 227 atau Seksyen 13 Akta 239 yang mati sebelum layak menerima faedah persaraan.

    FAEDAH TERBITAN KERANA KEMATIAN ANGGOTA DALAM PERKHIDMATAN


    Faedah Formula Pengiraan
    a. Pencen Perkhidmatan 1/600  X   jumlah genapnya bulan perkhidmatan yang boleh dimasukkira X gaji yang akhir diterima tertakluk kepada maksimum sebanyak setengah daripada gaji yang akhir diterima tetapi -
    • Tidak boleh kurang daripada satu perlima daripada gaji akhir yang diterima sebulan; dan
    • Pembahagian syir :
      • duda/setiap balu : 2 bahagian
      • setiap anak : 1 bahagian
    b. Ganjaran Perkhidmatan 7.5%  X  jumlah genapnya bulan perkhidmatan yang boleh dimasukkira  X  gaji yang akhir diterima
    Pembahagian syir:-
    • 1/10 : kepada ibu/bapa dengan mendahulukan ibu
    • 9/10 : mengikut pembahagian syir seperti di (a)

ALAMAT

Bahagian Sumber Manusia
Aras 4, Bangunan Canselori
11800 USM, Universiti Sains Malaysia
Tel : +604 653 6103
Fax : +604 653 9107/4315
Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.  |

PENGUNJUNG

Flag Counter