Pengesahan Jawatan

LATAR BELAKANG

Di bawah pelaksanaan Sistem Saraan Malaysia melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002, dinyatakan bahawa staf yang memilih Sistem Saraan Malaysia boleh dipertimbangkan untuk pengesahan dalam jawatan dalam tempoh 1 hingga 3 tahun setelah memenuhi semua syarat-syarat pengesahan yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan Universiti.

SYARAT-SYARAT PENGESAHAN DALAM JAWATAN

1.  Lulus Kursus Induksi Khusus dan Kursus Induksi Umum atau Program Transformasi Minda
2.  Lulus Peperiksaan Perkhidmatan (bagi skim perkhidmatan yang berkaitan)
3.   Markah Laporan Penilaian Prestasi (LPP)

    • Tahun pertama – 85%
    • Purata Tahun kedua – 70%
    • Purata Tahun ketiga – 60%

4.   Lulus Kursus Sijil Pengajaran dan Pembelajaran - khusus untuk Pensyarah Universiti
5.  Lulus Bahasa Malaysia Peringkat Maju (Ujian Lisan, Ujian Bertulis dan Ujian Penyampaian Kuliah) - khusus untuk Pensyarah Universiti

            Pengecualian syarat pengesahan dalam jawatan bagi syarat pengesahan (1), (2) dan (4) boleh diberi pengecualian jika:

    • Sekiranya staf telah menduduki dan lulus Peperiksaan Am Kerajaan atau Kursus Induksi sebelum ini, maka staf adalah dikehendaki memohon kepada Penolong Pendaftar Kanan (Unit Perkhidmatan & Saraan), Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar untuk dikecualikan daripada menghadiri Kursus Induksi dengan menyertakan bersama maklumat keputusan Peperiksaan Am Kerajaan atau Kursus Induksi yang telah diduduki di dalam perkhidmatan lama staf. Tanpa permohonan rasmi daripada staf pihak Universiti akan menganggap bahawa staf perlu menduduki Kursus Induksi dalam jawatan baru staf untuk tujuan pengesahan dalam jawatan.
    • Universiti bersedia mempertimbangkan pengecualian kelulusan di dalam Peperiksaan Bahasa Malaysia Peringkat Maju sekiranya staf telah menunjukkan kemahiran menggunakan Bahasa Malaysia seperti di dalam kuliah, tutorial dan juga di dalam bidang penerbitan. Permohonan pengecualian ini bolehlah dibuat oleh staf melalui Ketua jabatan masing-masing untuk pertimbangan pihak Universiti.

6.   Diperakukan oleh Ketua Jabatan 

ALAMAT

Bahagian Sumber Manusia
Aras 4, Bangunan Canselori
11800 USM, Universiti Sains Malaysia
Tel : +604 653 6103
Fax : +604 653 9107/4315
Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.  |

PENGUNJUNG

Flag Counter