Pengurusan Tatatertib Staf

DI BAWAH PERATURAN 23, AKTA BADAN-BADAN BERKANUN (TATATERTIB DAN SURCAJ) 2000 – AKTA 605,
PEKERJA YANG TIDAK HADIR BERTUGAS BOLEH DIKENAKAN TINDAKAN TATATERTIB DAN MEREKA YANG BERSALAH BOLEH
DIKENAKAN HUKUMAN SEHINGGA DIBUANG KERJA

 

MAKSUD TIDAK HADIR BERTUGAS

  • Tidak hadir bertugas bermaksud tidak hadir bagi apa-apa jua tempoh masa, pada masa dan di tempat dikehendaki hadir bagi pelaksanaan tugas
  • Tidak hadir tanpa mengambil cuti; tanpa kebenaran; tanpa sebab munasabah

screen 11.36.2221.02.2017

PERANAN KETUA JABATAN

Peraturan 21 Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 – Akta 605

  • Adalah menjadi tanggungjawab tiap-tiap Ketua Jabatan untuk menjalankan kawalan dan pengawasan tatatertib ke atas pegawai-pegawai bawahannyauntuk mengambil tindakan yang bersesuaian bagi apa-apa pelanggaran peruntukan Peraturan-Peraturan ini.
  • Seseorang Ketua Jabatan yang tidak menjalankan kawalan dan pengawasan tatatertib ke atas pegawai-pegawai bawahannya, atau tidak mengambiltindakan terhadap pegawai bawahannya yang melanggar mana-mana peruntukan Peraturan-Peraturan ini hendaklah disifatkan telah cuai dalammelaksanakan tugasnya dan tidak bertanggungjawab, dan boleh dikenakan tindakan tatatertib.

RUJUKAN DASAR & PERATURAN

Peraturan 26 Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 – Akta 605

Pelucutan hak emolumen kerana tidak hadir bertugas tanpa cuti dan tidak mendapat kebenaran Ketua Jabatan tanpa sebab yang munasabah – hendaklah
disifatkan telah terlucut hak walaupun tanpa arahan Jawatankuasa Tatatertib.

Emolumen bermaksud : apa-apa saraan, termasuklah gaji, pemberian tetap, pembayaran insentif dan elaun bulanan, yang kena dibayar kepada seseorang
pekerja setiap bulan.

Penyata Emolumen (PE) atau juga dipanggil Kenyataan Gaji bererti suatu dokumen arahan untuk apa-apa tindakan berkaitan emolumen seseorang pekerja.

Ketua Jabatan bermaksud – Pegawai yang bertanggungjawab bagi sesuatu jabatan, bahagian atau unit.

Tidak Hadir Berterusan bermaksud – Tidak hadir secara berturut-turut bermula dari hari pertama sehingga tindakan diambil.

Tidak Hadir Putus-Putus bermaksud – Tidak hadir secara berselang seli.

HAK EMOLUMEN : Perintah Am Bab ‘C’ Klausa 14(a

Jika seseorang pekerja tidak hadir bekerja bagi sesuatu sebab yang pada pendapat Ketua Jabatan adalah satu sebab yang tidak munasabah, makapekerja itu tidaklah berhak mendapat apa-apa gaji atau lain-lain emolumen

PEMOTONGAN GAJI : Perintah Am Bab ‘C’ Klausa 14(b)

Suatu perakuan oleh Ketua Jabatan memperakui tempoh bagi pekerja itu tidak berhak mendapat gaji dan emolumen di bawah perenggan 14(a) kepada
Pihak Berkuasa bertanggungjawab bagi membayar gaji dan emolumen pekerja itu adalah satu kuasa yang mencukupi bagi memotong gaji dan emolumen
pekerja bagi tempoh beliau tidak hadir bekerja.

Proses Panduan Pengurusan Staf Tidak Hadir Bertugas : [Sila Muat Turun]

Borang Arahan Tindakan Potong Gaji/Tahan Gaji : [Sila Muat Turun]

ALAMAT

Bahagian Sumber Manusia
Aras 4, Bangunan Canselori
11800 USM, Universiti Sains Malaysia
Tel : +604 653 6103
Fax : +604 653 9107/4315
Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.  |

PENGUNJUNG

Flag Counter