Anugerah dalam Perkhidmatan

MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG

Anugerah yang diberikan kepada staf yang cemerlang. Dasar dan kaedah pemberian APC adalah :-

Kelayakan

  • Staf yang dilantik secara tetap, sementara atau kontrak
  • Genap 1 tahun perkhidmatan bagi tahun semasa
  • Sah dalam jawatan (keputusan PPSMPU pada 29 Februari 2012)

Asas Penilaian

  • Mendapat markah Laporan Penilaian Prestasi 85 peratus dan ke atas
  • Pemilihan berasaskan sumbangan staf kepada organisasi, Perkhidmatan Awam, komuniti, daerah, negeri, negara dan peringkat antarabangsa
  • Pihak Universiti menyarankan agar Panel Pembangunan Sumber Manusia Pusat Tanggungjawab (PPSMPTJ) mengambilkira faktor persaraan. Mereka yang akan bersara harus diberi keutamaan semasa pencalonan dengan memenuhi syarat-syarat di atas.

Bilangan Penerima

Bilangan penerima APC bagi setiap PTJ tidak boleh melebihi 8 peratus daripada jumlah staf yang sedang berkhidmat pada tahun semasa. Walaubagaimanapun, had maksimum tidak semestinya dipenuhi jika jumlah staf yang layak tidak mencukupi

Insentif dan Hadiah

  • Sijil Perkhidmatan Cemerlang
  • Hadiah prestasi sebanyak RM1,000.00
  • Peluang dan keutamaan untuk memajukan kerjaya seperti menghadiri kursus, seminar, atau persidangan yang boleh menyumbangkan kepada peningkatan prestasi kerja
  • Peluang dan keutamaan bagi pencalonan untuk menerima pingat, bintang dan darjah kebesaran Persekutuan dan negeri
  • Nama dan gambar penerima akan dipamerkan di pejabat di lokasi yang strategik atau yang biasa dikunjungi orang ramai

 

MAJLIS SANJUNGAN BUDI

Majlis ini diadakan bagi meraikan staf yang telah berkhidmat selama 25 tahun di Universiti Sains Malaysia

 

MAJLIS JASAMU DIKENANG

Majlis ini diadakan bagi meraikan staf yang telah bersara dari perkhidmatan universiti

 

MAJLIS SEJAMBAK BUDI

Majlis keraian bagi menghargai mantan-mantan Dekan/Pengarah di Universiti Sains Malaysia