Cuti Belajar Staf Pentadbiran

Semua staf Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Pentadbiran) dan Kumpulan Pelaksana adalah dipelawa untuk memohon Cuti Belajar bagi tujuan melanjutkan pelajaran di peringkat Diploma/Sarjana Muda/Sarjana/Kedoktoran(Ph.D) atau Kursus Profesional/Setaraf/Kemahiran dan juga termasuk Kursus Posbasik bagi Tahun 2015.

Bagi staf berjawatan Jururawat yang telah mengikuti kursus Posbasik sahaja yang boleh dipertimbangkan untuk mengikuti pengajian di peringkat Diploma/Sarjana Muda/Sarjana/Kedoktoran(Ph.D).

Cuti Belajar diperuntukkan untuk memberi peluang kepada staf menimba ilmu bagi mewujudkan pekerja berilmu pengetahuan tinggi selaras dengan era masa kini serta memantapkan kepakaran staf dengan memberi ruang seluas-luasnya untuk menimba ilmu.

Bagi staf yang masih dalam ikatan perjanjian Cuti Belajar yang terdahulu hendaklah menyelesaikan ikatan perjanjian tersebut sebelum membuat permohonan. Pihak Universiti tidak akan mempertimbangkan permohonan yang masih dalam ikatan perjanjian dengan Universiti.

Bidang Pengajian

  • Komputer
  • Komunikasi
  • Sosial
  • Perniagaan
  • Pentadbiran
  • Perundangan
  • Kewangan
  • Kepustakawanan
  • Sains
  • Keselamatan
  • Kaunseling dan Perkhidmatan Pelajar
  • Kejururawatan
  • Sistem Maklumat
  • Kejuruteraan
  • Seni dan Bakat
  • Pendidikan
  • Sebarang bidang yang diluluskan oleh Jawatankuasa Cuti Belajar sesuai dengan keadaan dan keperluan semasa atau masa hadapan.
  • Kemudahan dan Faedah

    Pegawai Pengurusan & Profesional (Pentadbiran) dan Pegawai Pelaksana diperuntukkan kepada 4 jenis Cuti Beljar iaitu :

    • Cuti Belajar Bergaji Penuh Berbiasiswa
    • Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa
    • Cuti Belajar Separuh Gaji Tanpa Biasiswa
    • Cuti Belajar Tanpa Gaji

    staf yang diluluskan Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa/Cuti Belajar Separuh Gaji Tanpa Biasiswa/Cuti Belajar Tanpa Gaji yang mengikuti pengajian di Universiti Sains Malaysia sahaja yang akan diberi kemudahan pengecualian yuran pengajian mengikut peraturan dan kelayakan yang ditetapkan oleh Universiti.

    Syarat Umum

    • Telah disahkan dalam jawatan

    • Berkhidmat dengan USM sekurang-kurangnya 3 tahun atas jawatan lantik hakiki terkini.

    • Mencapai kecemerlangan perkhidmatan berdasarkan markah penilaian prestasi tahunan purata sekurang-kurangnya 85% bagi 3 tahun terakhir

    • Berumur tidak melebihi 45 tahun untuk mengikuti kursus di peringkat Diploma/Ijazah Pertama/Sarjana dan tidak melebihi 43 tahun untuk peringkat Doktor Falsafah (Ph.D) semasa tarikh tutup iklan.

    • Mendapat pelaksana dan perakuan daripada Ketua Jabatan.

    • Semua calon perlu melalui proses temuduga termasuk untuk permohonan Cuti Belajar Tanpa Gaji.

    • Semua Calon yang telah diluluskan Cuti Belajar kecuali Cuti Belajar Tanpa Gaji perlu menandatangani surat ikatan perjanjian.

    • Program pengajian yang dipohon mestilah program yang diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

    • Staf perlu mendapatkan kelulusan Universiti terlebih dahulu sebelum memohon tempat pengajian.

    • Staf yang telah ditawarkan Cuti Belajar mestilah mendapat tempat dalam tempoh 1 tahun.