Cuti Dalam Perkhidmatan

Cuti Rehat

Cuti rehat seboleh-bolehnya diambil pada tiap-tiap tahun oleh staf untuk tujuan kecekapan dan juga untuk kepentingan staf itu sendiri. Ketua Jabatan hendaklah menyediakan seberapa yang boleh, jadual giliran bercuti bagi staf di bawah jagaannya.
[Klik Disini] untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Cuti Separuh Gaji

Naib Canselor boleh meluluskan cuti separuh gaji tidak melebihi 14 hari dalam satu-satu tahun kepada staf di atas sebab-sebab kesihatan sanak saudara yang rapat kepada staf itu.
Kadar cuti separuh gaji yang boleh diluluskan ialah sebanyak 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan yang melayakkan, tetapi tidak boleh melebihi 180 hari.
Cuti separuh gaji tidak boleh diberi kepada staf wanita di atas sebabsebab bersalin.

Cuti Tanpa Gaji

Sebab-sebab Cuti Tanpa Gaji
  1. Atas Sebab Peribadi Mustahak
  2. Mengikut Pasangan Berkursus/Berkhidmat Di Dalam/Luar Negara
  3. Staf yang ingin mengikuti pasangan mereka berkhidmat / berkursus di dalam atau di luar negara layak dipertimbangkan cuti tanpa gaji dengan syarat pasangan mereka:-
  4. Telah dilantik berkhidmat / berkursus oleh Ketua Jabatannya;
  5. Menjaga Anak
  6. Tidak Hadir Bertugas Tanpa Cuti

Cuti Gantian / Cuti Pampasan

Seseorang staf yang dikehendaki menghadiri latihan atau khemah tahunan pasukan-pasukan sukarela seperti di Lampiran B boleh diberi cuti tanpa rekod selama tidak melebihi 30 hari di dalam satu-satu tahun. Cuti tanpa rekod sebanyak dua (2) hari lagi (sekiranya hanya diperlukan sahaja) boleh diberikan bagi tujuan perjalanan ke tempat latihan atau khemah dan sebaliknya. Sebarang cuti yang diperlukan lebih daripada ini akan ditolak daripada cuti rehat staf. Sekiranya staf tidak mempunyai cuti rehat lagi, kelulusan Naib Canselor hendaklah diperolehi.

Cuti Tanpa Rekod

Sebab-sebab Cuti Tanpa Rekod
  1. Cuti Menghadiri Latihan Pasukan Sukarelawan
  2. Menghadiri Aktiviti-Aktiviti Pertubuhan / Persatuan
  3. Kursus Latihan Semangat / Lathan Kepimpinan
  4. Kursus Bercorak Agama / Dakwah
  5. Kegiatan Kebudayaan
  6. Menduduki Peperiksaan
  7. Menghadiri Mesyuarat Persatuan / Pertubuhan Ikhtisas
  8. Menghadiri Latihan / Kursus Syarikat Kerjasama
  9. Menghadiri Kursus / Latihan / Seminar / Atau Mesyuarat Kerjasama
  10. Cuti Mengambil Bahagian Di Dalam Acara Olahraga / Sukan
  11. Mengikuti Kursus Insentif Di Bawah Program Pendidikan Jarak Jauh (PPJJ)
  12. Kemudahan Cuti Bersalin Isteri
  13. Kemudahan Cuti Urusan Kematian Ahli Keluarga Terdekat
  14. Untuk STaf yang Dilantik Sebagai Jurulatih Program Latihan KHidmat Negara (PLKN)
  15. Untuk Staf Yang Menjalani Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)
  16. Untuk Pegawai Perkhidmatan Awam Yang Menderma Organ
  17. Untuk Pegawai Perkhidmatan Awam Penganut Sikh

Cuti Atas Sebab Perubatan

Sebab-sebab Cuti Atas Sebab Kesihatan
  1. Cuti Sakit
  2. Cuti Sakit Lanjutan
  3. Cuti Kerantina
  4. Cuti Bersalin
  5. Cuti Kecederaan
  6. Cuti Tibi, Kusta dan Barah

Cuti Menjaga Anak

Bagi tujuan menjaga dan menyusukan bayinya, staf wanita boleh dipertimbangkan cuti tanpa gaji sehingga tidak melebihi 1,825 hari (5 tahun) bagi Cuti Menjaga Anak yang bersambung daripada Cuti Bersalin dan Cuti Menjaga Anak yang tidak terikat dengan Cuti Bersalin. Sila rujuk perenggan 14(c).

Gantian Cuti Rehat - Award Wang TUnai (GCR-AWT) Bagi Cuti Rehat Yang Tidak Dapat Dihabiskan

Universiti meluluskan Award Wang Tunai (AWT) iaitu gantian cuti rehat sebagai pemberian hadiah kepada staf yang bersara daripada perkhidmatan Universiti (wajib (Berpencen/KWSP) atau secara pilihan sendiri) pada hari persaraannya atau kepada staf yang meninggal dunia di dalam perkhidmatan tertakluk kepada syarat-syarat dan had yang 32 ditetapkan, bagi baki cuti rehat yang tidak dapat dihabiskan oleh sebab kepentingan perkhidmatan

Cuti Berkursus

Seseorang staf yang telah dipilih atau dibenarkan oleh Universiti untuk mengikuti apa jua jenis kursus latihan atau pengajian yang diakui sama ada dengan gaji penuh, separuh gaji atau tanpa gaji dan sama ada untuk kursus pendek atau panjang boleh diberi cuti bagi jangka masa berikut:-
  • Bagi tempoh kursus yang diikuti termasuk cuti akademik dan rehat yang jatuh di dalam masa kursus itu; 
  • Bagi tempoh perjalanan ke tempat kursus dan perjalanan balik selepas kursus mengikut jalan yang paling terdekat; dan
  • Bagi tempoh menunggu di luar negara yang tidak dapat dielakkan yang disebabkan oleh urusan-urusan perjalanan tempatan.

Sebarang tempoh di dalam masa kursus yang kurang dari 12 bulan yang staf bercuti akademik atau penggal akan ditolak daripada apa-apa cuti rehat yang ia berkelayakan sebelum pergi berkursus itu. Sekiranya jumlah cuti akademik atau penggal itu adalah lebih panjang daripada cuti rehat yang ia berkelayakan, maka ini tidak akan ditolak daripada cuti rehat yang ia akan berkelayakan selepas tamat kursus itu kelak. 34 Seseorang staf yang mengikuti sesuatu kursus yang melebihi 12 bulan akan dianggap sebagai telah menghabiskan semua cuti rehat yang ia telah berkelayakan mendapat sebelum pergi berkursus itu.

Naib Canselor boleh meluluskan cuti rehat tidak melebihi tujuh (7) hari dari cuti terkumpul kepada staf yang baru menamatkan kursus latihan atau pengajian yang memakan masa lebih daripada 12 bulan.

Cuti Sabatikal

Staf akademik adalah layak mendapat cuti sabatikal tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh Majlis Universiti seperti berikut:-
  1. Tidak lebih dari lima (5) bulan lamanya, jika ia telah genap perkhidmatan tiga (3) tahun; atau
  2. Tidak lebih dari sembilan (9) bulan lamanya, jika ia telah genap perkhidmatan lima (5) tahun.

Apa-apa cuti rehat yang mungkin telah dikumpulkan oleh seseorang staf akademik sebelum ia memulakan cuti sabatikal hendaklah disifatkan telah luput bermula dari tarikh ia memulakan cuti sabatikal itu.

Walau bagaimanapun, seseorang staf akademik yang diberi cuti sabatikal (tidak lebih dari sembilan (9) bulan lamanya), jika ia telah genap perkhidmatan lima (5) tahun dan mengikuti sesuatu program cuti sabatikal yang diluluskan sepenuhnya di luar Malaysia dan Singapura, boleh dibenarkan mengambil cuti rehat maksimum 35 sebanyak empat belas (14) hari daripada cuti rehat yang terkumpul itu sebaik sahaja tamat cuti sabatikalnya.

Cuti Penyelidikan

  1. Seseorang staf akademik yang diperuntukkan satu tempoh untuk menjalankan kerja-kerja penyelidikan (yang memberi faedah kepada dirinya dan universiti amnya serta pembangunan negara) di dalam atau di luar negara, boleh diberi cuti penyelidikan dalam satu-satu tahun tidak melebihi dua (2) bulan atau 60 hari. Kelulusan cuti ini adalah tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.
  2. Sekiranya seseorang staf itu memerlukan cuti yang lebih daripada tempoh itu, mereka bolehlah menggunakan sebahagian daripada cuti rehat yang masih ada atau pun memohon cuti tanpa gaji.
  3. Walau bagaimanapun, kelayakan cuti penyelidikan bagi seseorang staf itu akan luput secara otomatik untuk tahun tersebut seandainya mereka telah diluluskan cuti mempertahankan tesis. Perkara ini adalah selaras dengan peraturan di dalam Rancangan Pengajian Tinggi Staf Akademik (RPTKA).

Cuti Bencana Alam

  1. Ketua Jabatan boleh membenarkan staf di bawah kawalannya tidak hadir untuk menjalankan tugas akibat sesuatu kejadian kecemasan/bencana alam yang berlaku di kawasan kediaman staf berkenaan yang menyebabkan keadaan yang memaksa staf itu tidak 36 hadir kerja tertakluk kepada garis panduan yang ditetapkan oleh universiti. Tempohnya ialah selama tempoh berlakunya keadaan kecemasan atau bencana alam tersebut dan mestilah munasabah.
  2. Kebenaran tidak hadir bekerja kerana sebab di atas tidak menjejaskan kelayakan cuti rehat staf berkenaan.
  3. Di antara tragedi yang boleh dikategorikan sebagai bencana alam ialah seperti berikut:-
    1. Banjir
    2. Tanah Runtuh
    3. Gempa Bumi
    4. Jambatan Runtuh
    5. Lain-lain Malapetaka dan Bencana Alam
    6. Perintah berkurung dan perintah sekatan am oleh pihak berkuasa yang menyebabkan terhalangnya perjalanan ke pejabat atau ke tempat kerja biasa.

Cuti Haji

  1. Naib Canselor boleh meluluskan cuti haji bergaji penuh selama 40 hari termasuk cuti hujung minggu dan hari kelepasan am kepada staf yang beragama Islam untuk menunaikan fardhu haji di Mekah. Sekiranya seseorang staf memerlukan tempoh lebih daripada 40 hari di atas sebab-sebab tertentu staf bolehlah memohon untuk menggunakan cuti rehatnya atau cuti tanpa gaji.
  2. Cuti haji hanya boleh diluluskan sekali sahaja di dalam tempoh perkhidmatan seseorang staf dan tertakluk kepada syarat-syarat bahawa staf itu berjawatan tetap dan telah disahkan dalam jawatannya.
  3. Kemudahan ini juga dipanjangkan kepada staf berjawatan sementara yang telah berkhidmat tidak kurang daripada enam (6) tahun secara berterusan.