Cuti Rehat

  1. Cuti rehat seboleh-bolehnya diambil pada tiap-tiap tahun oleh staf untuk tujuan kecekapan dan juga untuk kepentingan staf itu sendiri. Ketua Jabatan hendaklah menyediakan seberapa yang boleh, jadual giliran bercuti bagi staf di bawah jagaannya.
  2. Seseorang staf yang hendak menggunakan semua atau sebahagian daripada cuti rehatnya di luar Malaysia hendaklah terlebih dahulu mendapatkan kebenaran daripada Naib Canselor.
  3. Bagi cuti rehat ke luar Negara (ke Negara-Negara terhad) seperti di Lampiran A, staf dikehendaki mengemukakan permohonan cuti rehat bersama-sama Borang A dan B. Manakala permohonan cuti rehat ke luar Negara selain daripada Negara-Negara terhad, staf dikehendaki mengemukakan borang permohonan cuti rehat bersama-sama Borang A sahaja. Permohonan hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya dua (2) bulan sebelum bercuti.
Rujukan: Surat Pekeliling Am (Kementerian Pendidikan Malaysia) Bil. 1 Tahun 1984.
Surat Pekeliling Am (Kementerian Pendidikan Malaysia) Bil. 1 Tahun 1985.


Kelayakan Cuti Rehat

Kumpulan/Gred SSM**Dan Setaraf Kadar Cuti Rehat (Hari)
Kurang 10 Tahun Perkhidmatan Yang Melayakkan Genap 10 Tahun Perkhidmatan Yang Melayakkan Dan Lebih
Pengurusan Tertinggi 25 30 30 25 30 35
Gred 31 - 54 25 30 30 25 30 35
Gred 21 - 30 25 25 25 25 30 30
Gred 1 - 20 20 20 20 25 25 25

Lantikan 1 Januari 2009 (Pekeliling Perkhidmatan Bil. 14 Tahun 2008)
Lantikan 1 September 2005 (Pekeliling Perkhidmatan Bil. 20 Tahun 2005)
Lantikan Sebelum 1 September 2005 (Pekeliling Perkhidmatan Bil. 04 Tahun 2002)

Sila Rujuk Buku Perbekalan Cuti Tahun 2015 untuk keterangan lebih lanjut. Muat Turun  [Di Sini].