Cuti Sabatikal

Semua staf tetap yang dilantik oleh Universiti yang memegang jawatan sebagai Profesor, Profesor Madya dan Pensyarah warganegara Malaysia yang telah disahkan jawatan dan berkelayakan adalah dipelawa mengemukakan permohonan untuk mengikuti Cuti Sabatikal setelah iklan dikeluarkan.

Staf yang masih belum tamat pengajian di bawah Rancangan Pendidikan Tinggi Kakitangan Akademik (RPTKA) tidak layak memohon Cuti Sabatikal;

Kelayakan

  1. Tempoh Cuti Sabatikal :
    1. Kelayakan Cuti Sabatikal 9 Bulan
      1. Tempoh perkhidmatan dengan Universiti genap 5 tahun pada tahun permohonan Cuti Sabatikal 
      2. Tempoh perkhidmatan genap 5 tahun  pada tahun permohonan Cuti Sabatikal dikira dari tarikh kembali Cuti Sabatikal yang lepas atau dari tarikh kembali dari Cuti Belajar (RPTKA).
      3. Staf yang layak untuk bercuti sabatikal kali pertama hanya boleh memohon setelah berkhidmat selama 5 tahun dan telah disahkan dalam jawatan.
  2.       B. Kelayakan Cuti Sabatikal 5 bulan
      1. Tempoh perkhidmatan telah genap 3 tahun pada tahun permohonan Cuti Sabatikal dikira dari tarikh kembali Cuti Sabatikal yang lepas.
  3. Diperakukan oleh Dekan/Pengarah/Penyelaras/Ketua Jabatan.
  4. Program dan tempat Cuti Sabatikal dipersetujui oleh Dekan/Pengarah/ Penyelaras/Ketua Jabatan.
  5. Cadangan tempat bercuti sabatikal di Universiti Sains Malaysia hanya dibenarkan maksimum selama 4 bulan sahaja.
  6. Memastikan tempoh Cuti Sabatikal tidak mengganggu pengajaran dan perancangan Pusat Tanggungjawab (PTJ).
  7. Berbincang dengan Dekan/Pengarah/Penyelaras/Ketua Jabatan supaya tidak meninggalkan pengajaran melebihi satu semester sepanjang tempoh bercuti sabatikal.
  8. Tempoh berikut tidak diambilkira untuk pengiraan kelayakan Cuti Sabatikal:
    1. Cuti tanpa gaji;
    2. Cuti separuh gaji;
    3. Cuti belajar;
    4. Cuti bagi memenuhi suatu progam di bawah skim latihan bagi staf akademik;
    5. Tangguh cuti sabatikal atas alasan peribadi yang diluluskan oleh Universiti;
    6. Tahanan kerja atau penggantungan di bawah kaedah tatatertib Universiti; atau
    7. Tahanan dibawah mana-mana undang-undang berhubung dengan keselamatan Malaysia atau mana-mana bahagiannya, pencegahan jenayah atau tahanan kerana keselamatan.
  9. Pertimbangan Cuti Sabatikal tertakluk kepada Peraturan Cuti Sabatikal Universiti Sains Malaysia

 Kemudahan dan Faedah

  1. Staf yang diluluskan Cuti Sabatikal akan diberi gaji penuh dan elaun-elaun yang bersangkutan dengan gaji sahaja.
  2. Sepanjang tempoh Cuti Sabatikal, pihak Universiti tidak membiayai apa-apa elaun dan faedah-faedah lain yang bersangkutan dengan Cuti Sabatikal.
  3. Staf digalakkan mendapatkan bantuan/pembiayaan luar iaitu daripada Universiti/Institusi lain bagi Cuti Sabatikal yang akan dijalankan.

Ikatan Perjanjian

Pemberian Cuti Sabatikal kepada seseorang staf adalah tertakluk kepada syarat bahawa staf itu hendaklah melaksanakan suatu perjanjian dengan dua orang penjamin, mengakujanji akan berkhidmat di Universiti selama tempoh :-

  1. 12 bulan dari tarikh melaporkan diri untuk bertugas semula sekembali daripada Cuti Sabatikal, jika bercuti sabatikal selama tempoh 5 bulan; atau
  2. 24 bulan dari tarikh melaporkan diri untuk bertugas semula sekembali daripada Cuti Sabatikal, jika bercuti sabatikal selama tempoh 9 bulan.

Laporan Cuti Sabatikal

Laporan Cuti Sabatikal perlu dikemukakan dalam tempoh 30 hari selepas kembali dari Cuti Sabatikal. Jika seseorang staf yang gagal mengemukakan laporan Cuti Sabatikal yang terdahulu, boleh menjejaskan kelulusan untuk permohonan Cuti Sabatikal di masa akan datang.

Maklumat Tambahan

  1. Jika seseorang staf yang tidak memohon Cuti Sabatikal pada tarikh kelayakan maka kelayakan Cuti Sabatikal tersebut adalah luput.
  2. Penangguhan Cuti Sabatikal atas kepentingan perkhidmatan hanya boleh dipertimbangkan tidak melebihi 24 bulan. Penangguhan kali pertama maksimum selama 12 bulan dan penangguhan seterusnya maksimum selama 12 bulan.
  3. Penangguhan Cuti Sabatikal atas sebab peribadi hanya boleh dipertimbangkan tidak melebihi 12 bulan.
  4. Penangguhan dengan penalti bermaksud tempoh penangguhan tidak diambilkira untuk pengiraan Cuti Sabatikal seterusnya manakala penangguhan tanpa penalti pula bermaksud tempoh penangguhan diambilkira untuk pengiraan kelayakan Cuti Sabatikal seterusnya.
  5. Jika seseorang staf yang tidak memulakan Cuti Sabatikal pada tarikh tamat penangguhan maka Cuti Sabatikal tersebut juga adalah luput.
  6. Seseorang staf yang sedang bercuti sabatikal adalah berada dalam perkhidmatan Universiti dalam masa cuti itu dan tidak dibenar menjalankan apa-apa pekerjaan atau melibatkan diri dalam apa-apa aktiviti untuk mendapat apa-apa keuntungan dari mana-mana punca selain daripada Universiti tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis daripada Naib Canselor.
  7. Seseorang staf yang telah diluluskan bayaran apa-apa elaun berhubung dengan tugas-tugas khas pentadbiran atau elaun-elaun yang berkaitan dalam perkhidmatan seperti bayaran insentif perkhidmatan kritikal, bayaran insentif wilayah, elaun perumahan wilayah dan lain-lain bayaran atau elaun-elaun yang berkaitan dalam perkhidmatan akan dihentikan semasa berada dalam tempoh Cuti Sabatikal.
  8. Semua cuti rehat yang terkumpul sebelum memulakan Cuti Sabatikal akan luput mulai dari tarikh bercuti sabatikal dan juga pengumpulan award wang tunai (awt) tidak dibenarkan sebelum memulakan cuti sabatikal.
  9. Walau bagaimanapun pengumpulan cuti rehat sebanyak 14 hari daripada jumlah cuti rehat yang terkumpul boleh dibenarkan sekiranya progam cuti sabatikal dibuat sepenuhnya selama 9 bulan di luar Malaysia dan Singapura. Permohonan hendaklah dibuat 2 minggu sebelum memulakan cuti sabatikal.