Perlantikan Felo Pasca Doktoral (FPD)

INFORMASI TERKINI

Muat Turun Borang Permohonan Felo Pasca Doktoral (Pelantikan Baru). Dikemaskini Pada Julai 2015
Application Form For Post Doctoral Fellow (New Appointment). Last Updated July 2015

Muat Turun Borang Laporan Pencapaian Felo Pasca Doktoral/Pelantikan Semula
Post Doctoral Fellow Output Report/Reappointment. Last Updated July 2014
Muat Turun Laporan Kemajuan Pencapaian Setiap 3 Bulan (Diisi setiap 3 bulan)
Progress report every 3 months. Last updated Nov 2014

Muat Turun Borang Permohonan 2013
Post Doctoral Fellow Application


Muat Turun Borang Pemantauan Output
Post Doctoral Output Report

PELANTIKAN FELO PASCA DOKTORAL (FPD) USM

Prosidur Permohonan

Muat turun Application Form For Post Doctoral Fellow (New Appointment). seperti di atas.

Kriteria Calon

  • Mempunyai kelayakan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) atau sekurang- kurangnya surat Senat atau yang setara.
  • Mempunyai merit akademik dan output penyelidikan yang baik sekurang-kurangnya dua (2) penerbitan di dalam ISI Web of Science (calon bidang sains) atau Scopus (calon bidang bukan sains) dalam tiga (3) tahun terakhir.

Kriteria Penyelia

  • Melibatkan diri secara berterusan dalam penyelidikan, penerbitan dan penyeliaan.
  • Merupakan staf akademik warganegara yang bertaraf Tetap
  • Mempunyai geran penyelidikan yang aktif dalam tempoh minimum satu (1) tahun pada tarikh permohonan diterima oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar.
  • Telah mengijazahkan pelajar PhD sebagai Penyelia Utama.
  • Melibatkan diri secara aktif sebagai penyelidik dalam tempoh lima (5) tahun terakhir.

Pelan Perancangan Penyelidikan

Kepentingan penyelidikan kepada bidang penyelidikan sedia ada di USM.

Sumber Pembiayaan

Pembiayaan daripada peruntukan USM:

  • Honorarium RM6,173.47 sebulan secara pukal.
  • Tiada peningkatan honorarium bagi pelantikan semula.

Kemudahan Pelantikan

  • Perubatan : Untuk diri sendiri sahaja di Pusat Sejahtera/Klinik Institut Perubatan & Pergigian Termaju (IPPT)/ Hospital USM (HUSM).
  • Cuti: Cuti Rehat empat belas (14) hari setahun dari tarikh lantikan.
  • Tambang :
    1. Tambang penerbangan pergi dan balik kelas ekonomi mengikut jarak terdekat untuk diri sendiri sahaja. (Kemudahan bagasi berlebihan /excess baggage tidak diberikan)
    2. Sekali sahaja sepanjang tempoh lantikan di USM.
    3. Calon yang telah berada di Malaysia semasa lantikan dibuat hanya layak tambang balik ke negara domisil sahaja.
    4. Calon warganegara Malaysia tidak layak tambang penerbangan kecuali jika sedang berkhidmat di luar negara semasa lantikan dibuat.

Perkara Untuk Perhatian

  1. Borang permohonan bersama dokumen yang berkaitan perlu dikemukakan kepada Pegawai Pentadbiran – Sumber Manusia Pusat Tanggungjawab (PTJ) masing-masing atau ke Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (Seksyen Pengambilan dan Pembangunan Staf), Jabatan Pendaftar, Universiti Sains Malaysia, 11800 Pulau Pinang.
  2. Tempoh lantikan FPD adalah satu (1) tahun dan boleh dipertimbangkan pelantikan semula untuk satu (1) tahun lagi, menjadikan jumlah pelantikan keseluruhan maksimum ialah dua (2) tahun.
  3. FPD yang telah/pernah berkhidmat selama dua (2) tahun di USM tidak layak memohon. (Tempoh lantikan adalah secara kumulatif walaupun Pusat Pengajian/Penyelia yang berbeza atau FPD telah letak jawatan).
  4. FPD yang telah dilantik dikehendaki mengemukakan borang Post Doctoral Fellow Output Report / Reappointment kepada PTJ tiga (3) bulan sebelum FPD tamat tempoh untuk rekod dan pemantauan.