Semakan dan Pengemaskinian Maklumat Peribadi di Sistem Maklumat Staf

Dimaklumkan bahawa Universiti sedang menjalankan proses integrasi di antara Sistem SMU-S dengan Sistem HRMIS. Fasa pertama projek ini akan melibatkan proses penghantaran maklumat peribadi staf dari Sistem SMU-S ke Sistem HRMIS. Secara tidak langsung, segala maklumat yang terdapat di Sistem HRMIS akan digantikan (overwrite) dengan maklumat yang terdapat di dalam Sistem SMU-S.

Oleh yang demikian, semua staf universiti di Kampus lnduk, Kampus Kejuruteraan, lnstitut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT), Kampus Kesihatan dan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) adalah diminta untuk menyemak dan memastikan segala maklumat yang terdapat di dalam Portal Campus Online adalah yang terkini dan tepat. Hal ini adalah penting bagi memastikan maklumat yang diganti ke HRMIS adalah betul. Antara maklumat-maklumat penting yang perlu diberi perhatian adalah:-

  1. Alamat tetap dan alamat sekarang
  2. Maklumat anak (perlu disertakan salinan pengesahan)
  3. Maklumat isteri/suami (perlu disertakan salinan pengesahan)
  4. Maklumat ibu bapa
  5. Kelayakan akademik (perlu disertakan salinan pengesahan

Sebarang pengemaskinian maklumat, sila berhubung dengan pegawai di Bahagian pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar di kampus masing-masing. Bagi staf yang berada di pusat pengajian kecuali Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan dan Pusat Pengajian Bahasa Literasi dan Terjemahan, sila berhubung terus dengan pegawai sumber manusia di pTJ masing-masing. Sebarang permasalahan, sila hubungi Seksyen Pengurusan Maklumat, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia di sambungan 6106/6100 atau emel kepada fadzzillah@usm.my, hmasturah@usm.rny, umishuhada@usm.my dan syazana.atiqah@usm.mv

[Rujuk aliran kerja bagi proses semakan maklumat]