Pengumuman Pelantikan Klinik Panel USM Tahun 2016-2018

Dimakluman bahawa proses pelantikan Klinik Panel USM bagi tahun 2016 telah selesai melalui proses tender terbuka. Mesyuarat Jawatankuasa Perolehan S Ke 298 (Bil. 7/2016) yang bersidang pada 2 September 2016 telah meneliti dan memutuskan sebanyak 50 buah klinik yang menepati kriteria dan bersetuju dengan tawaran harga semasa dilantik sebagai Klinik Panel USM. Kontrak perkhidmatan ini akan bermula pada 1 Oktober 2016 hingga 30 September 2018.

Y.Shg. Dato'/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan boleh menyemak dan membuat pertukaran untuk perkhidmatan klinik panel masing-masing berpandukan senarai terkini klinik yang diperakukan. Diharap staf dapat menggunakan perkhidmatan di klinik panel yang tersenarai disini [Muat Turun]

Sebarang pertanyaan boleh dimajukan kepada sitiaishahraffar@usm.my atau samb. 6076. Terima kasih.