Flexible Scheme For Retired Scholars (FSRS)

 

Mengekalkan Bakat Staf Akademik Selepas Bersara Secara Lantikan Melalui Flexible Scheme For Retired Scholars (FSRS)

1.0      LATAR BELAKANG

Bakat yang kompeten dan mempunyai nilai keperibadian yang sesuai dengan hala tuju organisasi merupakan sumber yang penting kepada kelangsungan kejayaan sesebuah organisasi. Dalam konteks institusi pengajian tinggi (IPT) di Malaysia, kerajaan melalui Malaysia Education Blueprint  2021-2025 telah menggariskan isu-isu strategik bagaimana IPT perlu bertindak secara proaktif untuk membangunkan ekosistem yang bersesuaian dengan cabaran persekitaran yang sangat kompetitif. Ini termasuklah membangunkan strategi dalam menarik, mengekal dan membangunkan bakat yang kompeten.

Persaraan seseorang ahli akademik kanan meninggalkan jurang yang sangat besar kepada kelangsungan sumbangannya dalam bidang kepakaran masing-masing kepada Universiti dan juga negara. Justeru USM telah merangka strategi extrinsic reward  yang kompetitif dan bersesuaian dengan kemampuan kewangan Universiti dalam usaha untuk mengekalkan bakat yang kompeten dan berpengalaman dalam ekosistem bakat USM.

2.0       PRINSIP LANTIKAN

Prinsip asas pelantikan secara FSRS ialah seperti berikut :

a)    Melantik semula Profesor dan staf akademik yang kompeten yang telah bersara sebagai staf USM dengan lantikan melalui FSRS.

b)    Gred jawatan Profesor (Gred Khas A,B,C) dikekalkan dengan ganjaran kewangan mengikut jadual honorarium lantikan melalui FSRS seperti berikut :

 

pic1

c)    Semua Profesor dan staf akademik yang dilantik adalah tertakluk kepada trek laluan kerjaya FSRS. Trek-trek tersebut ialah :

pic2

 

d)    KPI/KIP akan ditetapkan oleh PTJ masing-masing. Staf perlu melalui proses penetapan SKT dan penilaian prestasi tahunan. KPI berdasarkan trek yang telah digariskan oleh pihak Universiti adalah seperti berikut :

 

 

 1

 2

 3

 4

 5

 6

 7

 

e) Tempoh lantikan ialah 12 bulan (setahun) selaras dengan sumber dan had kuasa Naib Canselor.

f) Hanya Profesor dan staf akademik diperakukan oleh Pusat Pengajian atau/dan panel yang dipengerusikan oleh TNC (Akademik) akan dibawa kepada Naib Canselor untuk kelulusan lantikan.

g) Calon yang diperakukan akan melalui proses saringan oleh Pejabat Ombudsman dan Pejabat Perundangan Universiti.

h) Status Profesor dan ahli akademik yang lantik adalah sama seperti staf akademik USM yang lain.

i) Gred jawatan Profesor (Gred Khas A,B,C) dikekalkan dengan ganjaran kewangan mengikut jadual honorarium lantikan melalui FSRS.

j) Semua Profesor dan staf akademik tertakluk kepada trek laluan kerjaya lantikan melalui FSRS.


k) Kelayakan cuti tahunan ditetapkan sebanyak 30 hari untuk genap setahun perkhidmatan. Baki cuti tahunan yang tidak dihabiskan tidak boleh dibawa ke tahun berikutnya (sekiranya dilantik semula) serta tidak dibayar Award Wang Tunai (AWT) sebagai ganti cuti tahunan. Tiada kenaikan gaji tahunan dan tiada kenaikan pangkat.

l) Profesor dan staf akademik yang telah dilantik kontrak sebelum ini akan kekal dengan bayaran gaji seperti termaktub dalam kontrak sehingga tamat tempoh lantikan dan boleh dipertimbangkan bagi lantikan melalui FSRS apabila permohonan dikemukakan kepada kepada pihak Universiti.

m) Staf lantikan melalui FSRS boleh menerima pelantikan/bayaran honororium daripada pihak USAINS atau industri dengan syarat mendapat kelulusan Naib Canselor.

3.0 CARA PERMOHONAN

Permohonan perlulah menggunakan Borang Permohonan Pelantikan Melalui Flexible Scheme For Retired Scholars (FSRS) yang boleh dimuat turun disini [MUAT TURUN BORANG] . Permohonan perlu dikemukakan kepada Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar selewat-lewatnya tiga (3) bulan sebelum tamat sesuatu tempoh perkhidmatan.


4.0 CARTA ALIR PROSES LANTIKAN

cartaalir

5.0 PENUTUP

Diharap strategi dan pelaksanaan FSRS ini dapat membantu pihak Universiti dalam mengekalkan bakat terbaik dalam ekosistem pengurusan sumber manusia Universiti Sains Malaysia.