Hebahan Iklan Kemajuan Kerjaya Staf Pentadbiran Tahun 2017

Pengumuman Hebahan Iklan Kemajuan Kerjaya Staf Pentadbiran Tahun 2017 untuk Kumpulan Pengurusan & Profesional serta Kumpulan Pelaksana.

  1. Hebahan Iklan Kemajuan Kerjaya Staf Pentadbiran Tahun 2017 (Memo Hebahan)
  2. Sila layari Campus Online (https://campusonline.usm.my/) untuk mengisi borang menggunakan Sistem MyKerjaya@USM.
    • Permohonan akan mula dibuka pada 23 Mei 2017 hingga 13 Jun 2017.
    • Klik Menu Aplikasi --> MyKerjaya@USM
    • Borang penilaian yang dicetak melalui sistem perlu diisi oleh pegawai berikut:
      1. Pegawai Penilai Pertama (untuk permohonan ke Gred 14-40 sahaja)
      2. Ketua Jabatan (untuk permohonan ke gred 14-40 dan permohonan ke gred 42-54)
  3. Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar sebelum atau pada 13 Jun 2017 kepada:
    • Unit Kemajuan Kerjaya, Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar, Kampus Induk 
    • Jabatan Pendaftar, Kampus Kejuruteraan
    • Jabatan Pendaftar, Kampus Kesihatan
    • Pejabat Ketua Penolong Pendaftar (Pengurusan), Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT)
  4. Bagi permohonan kemajuan kerjaya ke Gred 42 dan ke atas, pemohon juga perlu mengisi MyTalent bermula pada 15 Jun 2017 hingga 29 Jun 2017 melalui laman web MyTalent.
  5. Sila kemaskini Butir Jaya Diri melalui Aplikasi Human Capital Management System (HCMS)
  6. Bagi permohonan Kemajuan Kerjaya Pegawai Penyelidik, sila lampirkan Butir Jaya Diri Pegawai Penyelidik [Sila Muat Turun] bersama Borang Permohonan Kemajuan Kerjaya yang diisi melalui sistem MyKerjaya@USM dan Borang Penilaian Ketua Jabatan (dicetak melalui sistem).
  7. Bagi jururawat  yang ingin memohon dua  jawatan kenaikan pangkat ke gred U32/U36 dan ke gred U42,  hanya satu jawatan sahaja boleh diisi melalui sistem.  Permohonan kemajuan kerjaya ke gred yang seterusnya (selain daripada gred yang diisi melalui sistem)  perlu diisi secara manual melalui borang seperti di bawah. Mohon hantar soft copy Borang Permohonan ke alamat email: wani.karim@usm.my

          Sila muat turun borang bagi Permohonan Kemajuan Kerjaya Jururawat ke Gred 42 (Kumpulan Pengurusan & Profesional) 

                  a) Borang Permohonan (untuk diisi oleh calon)

                  b) Borang Penilaian Ketua Jabatan (untuk diisi oleh Ketua Jabatan)

          Sila muat turun borang bagi Permohonan Kemajuan Kerjaya Jururawat ke Gred 32 & 36  (Kumpulan Pelaksana) 

                  a) Borang Permohonan (untuk diisi oleh calon)

                  b) Borang Penilaian Pegawai Penilai Pertama (untuk diisi oleh Pegawai Penilai Pertama)

                  c) Borang Penilaian Ketua Jabatan (untuk diisi oleh Ketua Jabatan)

 

 

 

 

 

cartaalirkemajuankerjaya2017