Hebahan Pengisian Jawatan Kosong (Pendaftar) Di Universiti Sains Malaysia

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut di Universiti Sains Malaysia.

MAKLUMAT JAWATAN

  1. Kumpulan Perkhidmatan
    • Pengurusan Tertinggi
  2. Gred Lantikan
    • Gred Utama B (VU6)
  3. Taraf Lantikan
    • Jawatan yang ditawarkan adalah bertaraf Tetap/ Pertukaran Sementara/ Pelantikan Peminjaman Perkhidmatan/ Kontrak.
  4. Tempoh Lantikan
    • Satu (1) hingga tiga (3) tahun untuk setiap lantikan tertakluk kepada keputusan Lembaga Gabenor Universiti.
  5. Gaji Dan Imbuhan
    • Gaji dan Imbuhan yang dibayar adalah berdasarkan kelayakan mengikut gred dan tertakluk kepada pekeliling yang sedang berkuat kuasa.
  6. Syarat-Syarat Asas Lantikan
    1. Memiliki Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dan Kepujian (sekurang-kurangnya gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
    2. Sedang menyandang jawatan dalam perkhidmatan.
    3. Mempunyai pengalaman luas dalam pengurusan dasar, organisasi dan sumber manusia serta pernah memegang jawatan pentadbiran.
    4. Mempunyai pengetahuan luas dan menyeluruh serta kemahiran dalam perancangan strategik organisasi, governan, tadbir urus kerajaan dan Kementerian Pendidikan Tinggi.
    5. Mempunyai integriti, etika kerja dan sifat kepimpinan yang tinggi, berorientasikan sikap kerja berkumpulan dengan keupayaan untuk membentuk kerjasama dan memimpin kumpulan ke arah kecemerlangan Universiti.
  7. Cara Memohon
    • Calon yang berminat untuk mengisi jawatan perlulah mengemukakan permohonan rasmi berserta dokumen seperti berikut:
        1. Curriculum Vitae (CV) yang lengkap dan terkini berserta gambar berukuran pasport. CV hendaklah mengandungi maklumat-maklumat berikut:
          • Latar belakang diri dan keluarga termasuk alamat surat menyurat dan nombor telefon untuk dihubungi;
          • Latar belakang pendidikan dan pengalaman kerjaya termasuk jawatan pentadbiran yang telah dan sedang disandang. Semua salinan sijil akademik dan yang berkaitan perlulah dikemukakan bersama permohonan ini.
          • Dua (2) nama penyokong sebagai rujukan (referee).
        2. Kertas cadangan dan Key Perfomance Indicator (KPI) serta ringkasan mengenai wawasan dan perancangan jangka pendek dan jangka panjang sekiranya dilantik sebagai Pendaftar Universiti Sains Malaysia.
        3. Permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan ke alamat berikut:

      Pengarah
      Bahagian Sumber Manusia
      Jabatan Pendaftar Aras 4,

      Bangunan Canselori Universiti Sains Malaysia
      11800 USM, Pulau Pinang

  8. Tarikh Tutup
    • Tarikh akhir penerimaan permohonan lengkap adalah pada 25 September 2017 (Isnin).
  9. Catatan Tambahan
    •  Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja yang akan dipanggil untuk ditemu bual.
    • Segala perbelanjaan berhubung dengan permohonan/temu bual jawatan ini tidak akan ditanggung oleh Universiti Sains Malaysia.