Pengumuman Peperiksaan Bayaran Insentif Tugas Kewangan (BITK) Bagi Pembantu Akauntan, Pembantu Tadbir Kewangan Dan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Yang Menjalankan Tugas Kewangan Sepenuh Masa Bagi Tahun 2018

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas, bersama ini disertakan pengumuman Peperiksaan Bayaran Insentif Tugas Kewangan (BITK) bagi Pembantu Akauntan, Pembantu Tadbir Kewangan dan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) yang menjalankan tugas kewangan sepenuh masa dan menerima BITK RM40.00 sebulan. Pihak Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) selaku urusetia pengendalian peperiksaan BITK bagi tahun 2017 dan peperiksaan ini telah ditetapkan pada 1 Ogos 2018 (Rabu) .

Sila muat turun Borang Permohonan [Muat Turun]. Staf dikehendaki mengisi di bahagian A & B sahaja. Bahagian C akan disemak dan disahkan oleh Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar. Peperiksaan ini akan diadakan di kampus Induk dan di kampus cawangan masing-masing. Sukatan Peperiksaan BITK dikepilkan.

Sukacita mendapat kerjasama pihak Y. Bhg. Dato’/tuan/puan untuk memaklumkan kepada staf yang terlibat di Pusat Pengajian/ Pusat/ Unit/ Jabatan Y. Bhg. Dato’/tuan/puan dengan kadar segera. Sila kembalikan borang permohonan yang lengkap diisi selewat-lewatnya pada 27 April 2018. Permohonan yang diterima lewat dari tarikh yang ditetapkan akan ditolak.

[Muat Turun Memo Hebahan] [Sukatan Peperiksaan]