HEBAHAN IKLAN JAWATAN KETUA PUSTAKAWAN TAHUN 2018

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan Ketua Pustakawan di Universiti Sains Malaysia.

MAKLUMAT JAWATAN

1. Kumpulan Perkhidmatan
Pengurusan Tertinggi

2. Gred Lantikan
Gred Utama C (VU7)

3. Taraf Lantikan
Jawatan yang ditawarkan adalah secara bertempoh.

Pihak Berkuasa Melantik boleh mempertimbangkan pengisian jawatan di atas melalui salah satu kaedah yang bersesuaian dengan status pemohon sama ada melalui Kenaikan Pangkat/ Pinjaman/ Pertukaran Sementara/ Kontrak.

4. Gaji Dan Imbuhan

Gaji dan Imbuhan yang dibayar adalah berdasarkan kelayakan mengikut gred dan tertakluk kepada pekeliling yang sedang berkuat kuasa.

5. Syarat-Syarat Asas Lantikan

• Memiliki Ijazah Sarjana Muda Kepujian Sains Pengajian Maklumat (Pengurusan Perpustakaan dan Maklumat atau Pengurusan Pusat Sumber Maklumat)/ Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang Perpustakaan/ Ijazah Sarjana Sains Perpustakaan dan Maklumat yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Keutamaan kepada calon yang memiliki Ijazah Sarjana atau PhD yang diiktiraf oleh Kerajaan)

• Lulus SPM dengan kepujian Bahasa Malaysia (termasuk ujian lisan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;

• Mempunyai pengalaman luas dalam bidang pengurusan dan pentadbiran perpustakaan sekurang-kurangnya 10 tahun serta melepasi tahap penilaian yang ditetapkan oleh Universiti.

6. Bidang Tugas

Melaksanakan tugas sebagai Ketua Pustakawan seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan dan Statut Universiti.

7. Cara Memohon

Calon yang berminat untuk mengisi jawatan perlulah mengemukakan permohonan rasmi berserta dokumen seperti berikut:

a) Curriculum Vitae (CV) yang lengkap dan terkini berserta gambar berukuran pasport. CV hendaklah mengandungi maklumat-maklumat berikut:

i. Latar belakang diri dan keluarga termasuk alamat surat menyurat dan nombor telefon untuk dihubungi;
ii. Latar belakang pendidikan dan pengalaman kerjaya termasuk jawatan pentadbiran yang telah dan sedang disandang. Semua salinan sijil akademik dan yang berkaitan perlulah dikemukakan bersama permohonan ini.
iii. Dua (2) nama penyokong sebagai rujukan (referee).

b) Kertas cadangan dan Key Perfomance Indicator (KPI) serta ringkasan mengenai wawasan dan perancangan jangka pendek dan jangka panjang sekiranya dilantik sebagai Ketua Pustakawan Universiti Sains Malaysia.

Permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan ke alamat berikut:

Timbalan Pendaftar Kanan
Bahagian Sumber Manusia
Jabatan Pendaftar
Aras 4, Bangunan Canselori
Universiti Sains Malaysia
11800 USM, Pulau Pinang

8. Tarikh Tutup

Tarikh tutup permohonan jawatan ini adalah pada 10 Ogos 2018 (Jumaat).

9. Catatan Tambahan

a) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja yang akan dipanggil untuk ditemu bual.
b) Segala perbelanjaan berhubung dengan permohonan/temu bual jawatan ini tidak akan ditanggung oleh Universiti Sains Malaysia.
c) Permohonan yang tidak menerima jawapan dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh iklan jawatan ditutup hendaklah dianggap tidak berjaya.