IKLAN KEMAJUAN KERJAYA STAF AKADEMIK TAHUN 2018

(i) Pensyarah Gred 52 – Pensyarah Kanan
(ii) Pensyarah Gred 54 – Profesor Madya
(iii) Pensyarah Gred Khas C (VK7) – Profesor

 Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan kemajuan kerjaya bagi staf akademik seperti di atas dibuka mulai 30 Ogos 2018 hingga 15 November 2018.

2.   Pemohon diberi pilihan sama ada untuk mengisi borang Curriculum Vitae (CV) atau mengisi borang di Human Capital Management System (HCMS). Berikut adalah maklumat/borang untuk dimuat turun oleh pemohon:

    

i. Memo Hebahan Iklan;

ii. Borang Permohonan:
    a. Pensyarah Gred 52 - Pensyarah Kanan

    b. Pensyarah Gred 54 - Profesor Madya

    c. Pensyarah Gred Khas C (VK7) - Profesor

iii. Senarai Nama Penyelia Semasa Pengajian Sarjana dan Ph.D;

iv. Senarai Semak Kenaikan Pangkat Staf Akademik Tahun 2018; 
v. Borang Tapisan Keutuhan (SPRM) 

3. Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar mengikut kampus masing-masing selewat-lewatnya pada 15 November 2018 kepada:

 i)  Unit Kemajuan Kerjaya, Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar, Aras 4, Bangunan Canselori, Kampus Induk, Pulau Pinang;
ii)  Jabatan Pendaftar, Kampus Kejuruteraan;
iii)  Jabatan Pendaftar, Kampus Kesihatan;
iv)   Pejabat Timbalan Pendaftar (Pengurusan), Institut Perubatan dan Pergigian Termaju

4. Sebarang pertanyaan berkaitan perkara di atas boleh menghubungi pegawai-pegawai berikut:

 

Kampus Induk

Puan Siti Hajar Mohd Sani / Puan Haslinda Yusof
Penolong Pendaftar Kanan
Unit Kemajuan Kerjaya
Bahagian Sumber Manusia
No Tel:04-653 6105, emel : sitihajarms@usm.myhaslinda_yusof@usm.my


 

 

Kampus Kejuruteraan

Puan Rohilatifah Baharum @ Harun
Timbalan Pendaftar Kanan
Jabatan Pendaftar
No Tel:04-5995010; emel: rohilatifah@usm.my

Kampus Kesihatan

Tuan Hj Yusoff Abdullah
Timbalan Pendaftar Kanan
Jabatan Pendaftar
No Tel:09-7672000; emel : yusoff@usm.my

 

Institut Perubatan & Pergigian Termaju

Encik Ihsanul Anwar Shamsur Rahim
Timbalan Pendaftar
No Tel:04-5622004; emel:anwar@usm.my