PERATURAN PERMOHONAN MENGHADIRI PERSIDANGAN/SEMINAR/ BENGKEL/KURSUS/LAWATAN RASMI KE LUAR NEGARA

GLOSARI

Borang Permohonan Menghadiri Persidangan/ Seminar/ Bengkel/ Kursus/ Lawatan Rasmi ke Luar Negara

[Muat Turun Hebahan Rasmi]   [Muat Turun SOP Persidangan & Struktur Governan]

NOTA :

Pengisian maklumat Sumber Peruntukan di perkara h (1) pada Borang Permohonan Menghadiri Persidangan/ Seminar/ Bengkel/ Kursus/ Lawatan Rasmi ke Luar Negara

_________________________________________________________________________________________________________________________

 

PERKARA

PENERANGAN

1.1

Sumber dari Kerajaan

i) Geran Penyelidikan

Geran Kerajaan / Geran Penyelidikan adalah sumber

daripada penerimaan geran daripada Kerajaan.

Contoh:

·      Geran Universiti Penyelidikan

·      Geran Kerajaan

·         FRGS

1.2

Sumber Lain

i) Sumber Dalaman USM

Sumber Dalaman Universiti adalah sumber daripada

pendapatan yang dijana oleh Universiti yang telah

dimasukkan ke tabung-tabung di bawah kuasa Universiti

Contoh :

·       Tabung Endowmen Perniagaan

·       Belanja Mengurus

·       Tabung Amanah Universiti

ii) Penajaan Luar

Penajaan luar adalah sumber daripada badan-badan yang

menaja program.

iii) Ditanggung oleh

Sumber daripada perbelanjaan pegawai sendiri.

     Pegawai Sendiri

iv) Lain-lain

i) Geran Agensi Luar adalah sumber daripada agensi luar.

Contoh:

·      WHO

·      SIRIM

·      Lain-lain

ii) Sumber Projek melalui Anak Syarikat daripada hasil

pendapatan projek yang dijalankan (USAINS Holding Sdn

Bhd)

 

Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui emel bertarikh 2 Ogos 2018 telah memaklumkan prosedur baharu bagi permohonan kelulusan perjalanan atas tugas rasmi ke luar negara.  Semua pihak juga diminta mengambil perhatian dan memberi kerjasama  khususnya kepada perkara berikut;

    1. permohonan penajaan untuk urusan rasmi termasuk persidangan/seminar  dan lain-lain daripada staf Universiti kepada Kementerian hendaklah dikemukakan melalui Naib Canselor. Walau bagaimanapun amalan ini perlu dikurangkan melainkan dalam keadaan tertentu;
    2. penggunaan peruntukan geran penyelidikan untuk urusan rasmi ke luar negara perlu dikurangkan;
    3. perjalanan urusan rasmi ke luar negara juga perlu dikurangkan kecuali mendapat tajaan sepenuhnya dari sumber luar.

Sehubungan dengan itu, bagi permohonan menjalankan urusan rasmi ke luar negara semua staf Universiti hendaklah menggunakan Borang (Lampiran A)

Permohonan hendaklah dibuat dalam tempoh masa yang ditetapkan bagi memastikan pihak Bahagian Sumber Manusia dapat mengemukakan dokumen yang lengkap  kepada Pejabat Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia sekurang-kurangnya 2 minggu dari tarikh perjalanan bagi memudahkan proses kelulusan.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi :


Puan Norazreen Binti Razak
Unit Perkhidmatan dan Saraan
Bahagian Sumber Manusia
Jabatan Pendaftar
Tel : 04-6536088

Sila rujuk carta aliran di bawah untuk mengetahui tatacara baharu Permohonan Menghadiri Persidangan/Seminar/Bengkel/Kursus/Lawatan Rasmi Ke Luar Negara.

cartaalir luarnegara

STRUKTUR GOVERNAN PERMOHONAN MENGHADIRI PERSIDANGAN/SEMINAR/BENGKEL/KURSUS/LAWATAN RASMI KE LUAR NEGARA

 

  1. Perakuan permohonan dari Ketua Jabatan.
  2. Perakuan pembiayaan dari Timbalan Naib Canselor Bahagian Penyelidikan dan Inovasi (P&I) / Pengarah Pusat Pembangunan Kecemerlangan Akademik dan Pembangunan Pelajar (CDAE).
  3. Kelulusan sumber peruntukan di peringkat Bendahari.
  4. Kelulusan perjalanan di peringkat Naib Canselor.