Peperiksaan Perkhidmatan Universiti Sains Malaysia Siri 2/2018

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa peperiksaan perkhidmatan Siri 2/2018 akan diadakan dalam bulan November 2018. [Muat Turun Memo Hebahan]

Staf yang perlu lulus peperiksaan perkhidmatan sebagai syarat untuk disahkan dalam jawatan diminta mengambil perhatian tentang perkara ini dan memohon untuk mengambil peperiksaan berkenaan. Kerjasama tuan/puan diminta untuk memaklumkan kepada semua staf yang terlibat di Pusat Pengajian/Jabatan/Unit tuan/puan untuk mengemukakan permohonan mereka

Staf Yang Layak Mengambil Peperiksaan

Staf yang layak mengambil peperiksaan ialah sebagaimana yang telah disyaratkan di bawah Skim Perkhidmatan Universiti Sains Malaysia (Sila rujuk kepada Lampiran A untuk menentukan kertas-kertas peperiksaan yang boleh diambil). Staf yang baru dilantik dan yang belum disahkan dalam jawatan juga dinasihatkan untuk menyemak surat pelantikan mereka bagi memastikannya.

Jadual Peperiksaan

Peperiksaan akan diadakan pada bulan November 2018. Tarikh sebenar serta tajuk kertas peperiksaan akan ditentukan selepas permohonan diproses. Jadual waktu peperiksaan akan diberikan kepada setiap calon sebelum peperiksaan diadakan. Sebarang pindaan kepada jadual waktu peperiksaan akan dimaklumkan kepada calon-calon yang terlibat. Setiap calon yang akan mengambil peperiksaan perlu mematuhi peraturan/arahan yang akan dilampirkan bersama jadual peperiksaan tersebut.

Borang Permohonan

Staf yang ingin mengambil peperiksaan perlu menggunakan Borang Permohonan Peperiksaan USM.25/3/i Borang 1. [Muat Turun] Sila gunakan borang permohonan yang berasingan bagi setiap kertas peperiksaan yang dipohon.

Permohonan hendaklah dikemukakan dengan menggunakan dua (2) salinan borang tersebut seperti berikut:-

  1. Salinan pertama hendaklah dikemukakan terus kepada:-
    1. Unit Perhubungan Staf
      Bahagian Sumber Manusia
      Jabatan Pendaftar
      Universiti Sains Malaysia
      Pulau Pinang

      atau

    1. Jabatan Pendaftar
      Kampus Kesihatan dan Kampus Kejuruteraan
      (Bagi calon-calon dari kampus cawangan masing-masing)

  2. Salinan kedua adalah untuk makluman / simpanan Dekan/ Pengarah / Penyelaras / Ketua Jabatan calon berkenaan.

Tarikh Tutup Permohonan

Tarikh tutup permohonan ialah pada 12 Oktober 2018. Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup akan ditolak.

Untuk menyemak senarai keperluan peperiksaan sila layari bahagian Peperiksaan Perkhidmatan Universiti

Sekian.