Membangunkan Bakat

Rancangan Pendidikan Tinggi Kakitangan Akademik (RPTKA)

Rancangan Pendidikan Tinggi Kakitangan Akademik (RPTKA)

Objektif rancangan ini adalah untuk memberi peluang kepada Staf Akademik sedia ada bagi mendapatkan Ijazah Lanjutan supaya dapat meningkatkan lagi kemahiran mengajar dan juga untuk memenuhi keperluan pengajaran dan penyelidikan Universiti.

Cuti Sabatikal

Cuti Sabatikal

Staf akademik adalah layak mendapat cuti sabatikal tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh Majlis Universiti seperti berikut:-

  • Tidak lebih dari lima (5) bulan lamanya, jika ia telah genap perkhidmatan tiga (3) tahun; atau
  • Tidak lebih dari sembilan (9) bulan lamanya, jika ia telah genap perkhidmatan lima (5) tahun.
  • Apa-apa cuti rehat yang mungkin telah dikumpulkan oleh seseorang staf akademik sebelum ia memulakan cuti sabatikal hendaklah disifatkan telah luput bermula dari tarikh ia memulakan cuti sabatikal itu.

    Walau bagaimanapun, seseorang staf akademik yang diberi cuti sabatikal (tidak lebih dari sembilan (9) bulan lamanya), jika ia telah genap perkhidmatan lima (5) tahun dan mengikuti sesuatu program cuti sabatikal yang diluluskan sepenuhnya di luar Malaysia dan Singapura, boleh dibenarkan mengambil cuti rehat maksimum 35 sebanyak empat belas (14) hari daripada cuti rehat yang terkumpul itu sebaik sahaja tamat cuti sabatikalnya.

Cuti Belajar Staf Pentadbiran

Cuti Belajar Staf Pentadbiran

Semua staf Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Pentadbiran) dan Kumpulan Pelaksana adalah dipelawa untuk memohon Cuti Belajar bagi tujuan melanjutkan pelajaran di peringkat Diploma/Sarjana Muda/Sarjana/Kedoktoran(Ph.D) atau Kursus Profesional/Setaraf/Kemahiran dan juga termasuk Kursus Posbasik bagi Tahun 2015.

Belajar Secara Sambilan & Pengecualian Yuran

Belajar Secara Sambilan & Pengecualian Yuran

Semua staf yang ingin mengikuti belajar secara sambilan di samping bertugas secara sepenuh masa hendaklah mendapat kebenaran dari pihak Universiti terlebih dahulu dengan membuat permohonan melalui 'Borang BS' Kemudahan cuti kursus sambilan / cuti tanpa rekod hanya boleh dipertimbangkan kepada staf yang telah mendapat kelulusan kebenaran mengikuti belajar secara sambilan. Sila rujuk syarat-syarat belajar sambilan pada 'Borang BS'