Pelantikan Staf Baharu

Pelantikan Staf Tetap

Terbuka kepada warganegara Malaysia yang berkelayakan mengikut syarat skim perkhimatan berkenaan. Pelantikan adalah berdasarkan jawatan kosong yang diluluskan oleh Perbendaharaan Malaysia. Semua keperluan jawatan akan diiklankan terlebih dahulu. Pemohon dikehendaki membuat permohonan secara online melalui laman web erecruit. Pemohon yang berkelayakan akan ditemuduga oleh Jawatankuasa Pemilih Universiti. Tawaran kepada calon-calon yang berjaya akan dibuat setelah mendapat kelulusan Lembaga Pengarah Universiti. Semua tawaran pelantikan adalah tertakluk kepada peraturan yang berkuatkuasa.

Pelantikan Staf Kontrak

Pelantikan seseorang calon atau pegawai untuk berkhidmat dengan agensi awam yang diuruskan mengikut PP ini bagi tempoh tertentu berasaskan kepada syarat perkhidmatan seperti yang dipersetujui dalam perjanjian kontrak yang ditandatangani oleh calon atau pegawai dengan Pihak Berkuasa Melantik

Syarat Asas Pelantikan Staf Akademik

  • Mempunyai Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan dan luar negara atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan
  • Memperolehi kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan
  • Telah menyempurnakan satu penyelidikan yang berkualiti
  • Telah menghasilkan makalah dalam jurnal atau penulisan bab dalam buku atau artikel dalam prosiding dan
  • Telah membentangkan kertas kerja dalam persidangan berkaitan bidang kepakaran atau pengalaman lain yang berkaitan.