Pengesahan Jawatan

LATAR BELAKANG
Di bawah pelaksanaan Sistem Saraan Malaysia melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002, dinyatakan bahawa staf yang memilih Sistem Saraan Malaysia boleh dipertimbangkan untuk pengesahan dalam jawatan dalam tempoh 1 hingga 3 tahun setelah memenuhi semua syarat-syarat pengesahan yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan Universiti.
     
SYARAT-SYARAT PENGESAHAN DALAM JAWATAN
 
  1. Lulus Kursus Induksi Khusus dan Kursus Induksi Umum
  2. Lulus Peperiksaan Perkhidmatan (bagi skim perkhidmatan yang berkaitan)
  3. Diperakukan oleh Ketua Jabatan
  4. Lulus Bahasa Malaysia Peringkat Maju (Ujian Lisan, Ujian Bertulis dan Ujian Penyampaian Kuliah) - khusus untuk Pensyarah Universiti Pengecualian syarat pengesahan dalam jawatan bagi syarat pengesahan (1), (2) dan (4) boleh diberi pengecualian jika:
   
  • Sekiranya staf telah menduduki dan lulus Peperiksaan Am Kerajaan atau Kursus Induksi sebelum ini, maka staf adalah dikehendaki memohon kepada Penolong Pendaftar (Unit Perkhidmatan & Saraan), Bahagian Pengurusan Sumber Manusia & Pentadbiran, Jabatan Pendaftar untuk dikecualikan daripada menghadiri Kursus Induksi dengan menyertakan bersama maklumat keputusan Peperiksaan Am Kerajaan atau Kursus Induksi yang telah diduduki di dalam perkhidmatan lama staf. Tanpa permohonan rasmi daripada staf pihak Universiti akan menganggap bahawa staf perlu menduduki Kursus Induksi dalam jawatan baru staf untuk tujuan pengesahan dalam jawatan.
  • Universiti bersedia mempertimbangkan pengecualian kelulusan di dalam Peperiksaan bahasa Malaysia Peringkat Maju sekiranya staf telah menunujkkan kemahiran menggunakan Bahasa Malaysia seperti di dalam kuliah, tutorial dan juga di dalam bidang penerbitan. Permohonan pengecualian ini bolehlah dibuat oleh staf melalui Ketua jabatan masing-masing untuk pertimbangan pihak Universiti
[Muat Turun Garis Panduan Kriteria Pengesahan Dalam Jawatan]
 
BORANG LAPORAN PENGESAHAN DALAM JAWATAN
 
  1. KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL (AKADEMIK) - PENSYARAH UNIVERSITI DS45/53
     
  2. KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL (AKADEMIK) - GURU DG41/GURU BAHASA DG41
     
  3. KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL (BUKAN AKADEMIK) - STAF PENTADBIRAN
     
  4. KUMPULAN PELAKSANA (NO. STAF USM(KB), (KC) DAN (KD)
     
  5. PELANJUTAN TEMPOH PERCUBAAN (UNTUK SEMUA KUMPULAN)
     
  6. LAMPIRAN B - TAWARAN OPSYEN KWSP
     

-->

BORANG LAPORAN PENGESAHAN DALAM JAWATAN

Borang-borang ini hanya untuk kegunaan Panel Pengesahan Pusat Tanggungjawab (PTJ) dan staf yang nama telah dikenalpasti untuk pengesahan dalam jawatan/pelanjutan tempoh percubaan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

 
 
  1. KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL (AKADEMIK) - PENSYARAH UNIVERSITI DS45/53
  2. KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL (AKADEMIK) - GURU DG41/GURU BAHASA DG41
  3. KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL (BUKAN AKADEMIK) - STAF PENTADBIRAN
  4. KUMPULAN PELAKSANA (NO. STAF USM(KB), (KC) DAN (KD)
  5. PELANJUTAN TEMPOH PERCUBAAN (UNTUK SEMUA KUMPULAN)
  6. LAMPIRAN B - TAWARAN OPSYEN KWSP