Peperiksan Perkhidmatan & KPSL

Peperiksaan Perkhidmatan Universiti

Peperiksaan Perkhidmatan akan diadakan sebanyak dua (2) kali setahun. Staf yang layak mengambil peperiksaan ialah sebagaimana yang telah disyaratkan di bawah Skim Perkhidmatan Universiti Sains Malaysia. Senarai Kertas Peperiksaan yang boleh diambil boleh dirujuk di bahagian Senarai Kertas Peperiksaan Perkhidmatan.

Staf yang ingin mengambil peperiksaan perlu menggunakan Borang Permohonan Peperiksaan USM. 25/3/i Borang 1 yang akan dikeluarkan semasa Iklan Hebahan.

Hebahan Iklan Peperiksaan Perkhidmatan akan dibuat melalui laman sesawang BSM dan juga melalui Pentadbir Emel.

 

Peperiksaan Khas Kenaikan Pangkat Secara Lantikan

Peperiksaan Khas Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) diadakan  bagi jawatan-jawatan berikut:-

  1. Pengurus Asrama N41;
  2. Pegawai Kewangan W41;
  3. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29;
  4. Penolong Pegawai Keselamatan KP27;
  5. Penolong Pegawai Tadbir N27;
  6. Penolong Pegawai Penerbitan N27;
  7. Penolong Pegawai Belia dan Sukan S27;
  8. Penolong Pegawai Perpustakaan S27;
  9. Penolong Akauntan W27;
  10. Pembantu Keselamatan KP17;
  11. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N17

Staf yang layak mengambil peperiksaan ialah staf yang telah sah dalam jawatan yang disandang dan seperti berikut :-

  1. Pengurus Asrama N41
    Untuk staf dalam jawatan Penolong Pengurus Asrama gred N27/32/36
  2. Pegawai Kewangan W41
    Untuk staf dalam jawatan Penolong Akauntan gred W27/32/36
  3. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29
    Untuk staf dalam jawatan Juruteknik Komputer gred FT17/22126
  4. Penolong Pegawai Keselamatan KP27
    Untuk staf dalam jawatan Pembantu Keselamatan gred KP17/22/26
  5. Penolong Pegawai Penerbitan N27
    Untuk staf dalam jawatan Pembantu Penerbitan gred N17/22/26
  6. Penolong Pegawai Tadbir N27
    Untuk staf dalam jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) gred N17/22/26,Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) gred N17/22/26, Pegawai Khidmat Pelanggan gred N17/22/26 dan Pembantu Tadbir (Kewangan) gred W17/22/26
  7. Penolong Pegawai Belia dan Sukan S27
    Untuk staf dalam jawatan Pembantu Belia dan Sukan gred S17/22/26
  8. Penolong Pegawai Perpustakaan S27
    Untuk staf dalam jawatan Pembantu Perpustakaan gred S17/22/26 dan Pembantu Pemuliharaan S17 S26
  9. Penolong Akauntan W27
    Untuk staf dalam jawatan Pembantu Akauntan gred W17/22/26 dan Pembantu Tadbir (Kewangan) gred W17/22/26
  10. Pembantu Keselamatan KP17
    Untuk staf dalam jawatan Pengawal Keselamatan gred KP11/14
  11. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N17
    Untuk staf dalam jawatan Pembantu Tadbir Rendah gred N11/14, Pembantu Operasi N11,N14 dan Pemandu Kenderaan Hl1,H14.

Staf yang ingin mengambil peperiksaan perlu menggunakan Borang Permohonan Peperiksaan USM. 25/3/i Borang 1 yang akan dikeluarkan semasa Iklan Hebahan.

Hebahan Iklan Peperiksaan KPSL akan dibuat melalui laman sesawang BSM dan juga melalui Pentadbir Emel.

Senarai Kertas Peperiksaan Perkhidmatan

Senarai Kertas Peperiksaan Perkhidmatan

Mengandungi senarai kertas peperiksaan yang boleh diambil oleh staf

Senarai Kertas Peperiksaan KPSL

Senarai Kertas Peperiksaan KPSL

Mengandungi senarai kertas peperiksaan yang boleh diambil oleh staf

Sukatan Peperiksaan Perkhdimatan

Sukatan Peperiksaan Perkhdimatan

Mengandungi sukatan peperiksaan yang boleh dirujuk calon peperiksaan

Nota Bimbingan & Bahan Rujukan Peperiksaan

Nota Bimbingan & Bahan Rujukan Peperiksaan

Muat turun nota bimbingan dan bahan rujukan sebagai panduan persediaan kepada calon untuk menghadapi peperiksaan

Sukatan Peperiksaan KPSL

Sukatan Peperiksaan KPSL

Mengandungi sukatan peperiksaan yang boleh dirujuk calon peperiksaan