Pinjaman Perumahan Kerajaan

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia menyediakan surat pengesahan kelayakan pinjaman perumahan skim perumahan kerajaan seperti berikut :-

  1. Surat KSYB
  2. Surat Pinjaman Pertama
  3. Surat Pinjaman Kedua

Sila berhubung dengan Pegawai, Jabatan Bendahari (Unit Pinjaman & Pentadbiran) terlebih dahulu sebelum memohon surat pengesahan kelayakan pinjaman perumahan dari Bahagian Pengurusan Sumber Manusia. Dapatkan Borang 2 dari Pegawai Unit Pinjaman & Pentadbiran, Jabatan Bendahari dan kemukakan ke Bahagian Pengurusan Sumber Manusia bagi permohonan surat pengesahan kelayakan pinjaman perumahan.

Syarat-Syarat Pinjaman: Merujuk kepada Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2011 :-

  1. Kakitangan Kerajaan berjawatan tetap
  2. Warganegara Malaysia
  3. Berkhidmat sekurang-kurang 1 tahun
  4. Telah disahkan dalam jawatan
  5. Borang permohonan dikemukakan 1 tahun sebelum bersara/tamat perkhidmatan
  6. Bukan seorang bankrap atau siberhutang hukuman atau seorang tidak berkemampuan kewangan atau sedang diambil tindakan tatatertib bagi tujuan buang kerja

Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan Bahagian Perancangan & Perkhidmatan Kewangan, Unit Pinjaman & Pentadbiran, Jabatan Bendahari.[ Rujuk Jadual di bawah]

Bil

Gaji Bulanan Hakiki (RM)

Kelayakan Pinjaman (RM)

1

6,500 dan ke atas

450,000

2

5,500 ke 6,499

420,000

3

4,500 ke 5,499

400,000

4

3,500 ke 4,499

380,000

2

3,000 ke 3,499

320,000

3

2,500 ke 2,999

280,000

4

2,000 ke 2,499

255,000

5

1,500 ke 1,999

205,000

6

1,200 ke 1,499

168,000

7

1,000 ke 1,199

130,000

8

800 ke 999

105,000

9

799 dan ke bawah

80,000