Skim Rancangan Pendidikan Tinggi Akademik (RPTKA)

Objektif

Objektif rancangan ini adalah untuk memberi peluang kepada Staf Akademik sedia ada bagi mendapatkan Ijazah Lanjutan supaya dapat meningkatkan lagi kemahiran mengajar dan juga untuk memenuhi keperluan pengajaran dan penyelidikan Universiti.

Syarat dan Kelayakan

Telah disahkan dalam jawatan;Berumur tidak melebihi 40 tahun bagi pengajian Ph.D dan tidak melebihi 30 tahun bagi pengajian pada peringkat Sarjana;Diperakukan oleh Dekan/Ketua Jabatan untuk Cuti Belajar di bawah Skim RPTKA;Program atau pengajian hendaklah yang sesuai dengan keperluan Pusat Pengajian dan Universiti.Mestilah disahkan sihat dan boleh menjalani pengajian yang dijalaniDiterima masuk oleh Institusi Pengajian Tinggi yang disetujui oleh Universiti dan diiktiraf oleh Kerajaan.