Menarik Bakat

Peluang Kerjaya

Peluang Kerjaya

Untuk memohon jawatan kosong di Universiti Sains Malaysia, sila layari Portal E-RecruIT.

Pelantikan Staf Baharu

Pelantikan Staf Baharu

Terbuka kepada warganegara Malaysia yang berkelayakan mengikut syarat skim perkhimatan berkenaan. Pelantikan adalah berdasarkan jawatan kosong yang diluluskan oleh Perbendaharaan Malaysia. Semua keperluan jawatan akan diiklankan terlebih dahulu. Pemohon dikehendaki membuat permohonan secara online melalui laman web erecruit. Pemohon yang berkelayakan akan ditemuduga oleh Jawatankuasa Pemilih Universiti. Tawaran kepada calon-calon yang berjaya akan dibuat setelah mendapat kelulusan Lembaga Pengarah Universiti. Semua tawaran pelantikan adalah tertakluk kepada peraturan yang berkuatkuasa.

Skim Rancangan Latihan Kakitangan Akademik (RLKA)

Skim Rancangan Latihan Kakitangan Akademik (RLKA)

Universiti Sains Malaysia mewujudkan Skim Rancangan Latihan Kakitangan Akademik untuk melatih bakal pensyarah daripada calon-calon yang dipilih.

ntara kemudahan yang ditawarkan

  • Ijazah Sarjana dan Ijazah Kedoktoran.
  • Tempat pengajian di dalam/luar negara.

Felo Pasca Doktoral

Felo Pasca Doktoral

Felo Pasca Doktoral merupakan kaedah untuk melantik penyelidik lepasan Ijazah Doktor Falsafah yang boleh menjalankan penyelidikan secara sepenuh masa ke arah kecemerlangan penyelidikan dan inovasi dalam sesuatu penyelidikan bagi menghasilkan penulisan bahan ilmiah.