Mengekalkan Bakat

Peperiksaan Dalam Perkhidmatan & KPSL

Peperiksaan Dalam Perkhidmatan & KPSL

Peperiksaan Perkhidmatan

  • Setiap staf yang baru dilantik dan belum disahkan perlu mengambil Peperiksaan Perkhidmatan sebagai salah satu syarat untuk disahkan di dalam jawatan. Staf yang layak mengambil peperiksaan adalah sebagaimana yang telah disyaratkan di bawah Skim Perkhidmatan Universiti Sains Malaysia (Sila Rujuk Senarai Kertas Peperiksaan yang boleh diambil).
Peperiksaan Khas Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL)
  • Staf yang layak mengambil peperiksaan adalah staf yang telah disahkan di dalam jawatan yang disandang seperti berikut:-

Pengesahan Dalam Jawatan

Pengesahan Dalam Jawatan

Kriteria Garis Panduan Pengesahan Dalam Jawatan

  • Berkhidmat dalam tempoh percubaan antara 1 hingga 3 tahun;
  • Hadir dengan jayanya Kursus Induksi/ Program Tranformasi Minda; dan
  • Diperaku oleh Ketua Jabatan
  • Staf yang cemerlang ialah staf yang mencapai markah prestasi 85% ke atas dan dengan itu boleh dipertimbangkan selepas tempoh satu tahun perkhidmatan
  • Staf yang berprestasi baik iaitu purata markah 70% ke atas boleh dipertimbangkan selepas tempoh 2 tahun perkhidmatan
  • Staf yang berprestasi memuaskan iaitu purata markah 50% ke atas boleh dipertimbangkan dalam tempoh 3 tahun perkhidmatan

Kemajuan Kerjaya

Kemajuan Kerjaya

Kenaikan Pangkat adalah peningkatan secara hakiki dari suatu gred ke suatu gred yang lebih tinggi dalam skim perkhidmatan pegawai berkenaan.

Kenaikan pangkat lazimnya akan dilaksanakan apabila terdapat kekosongan jawatan kenaikan pangkat. Walau bagaimanapun, bagi skim perkhidmatan tertentu seperti Skim Perkhidmatan Pegawai Penyelidik dan Pensyarah Universiti, urusan kenaikan pangkat dibuat tanpa kekosongan jawatan tertakluk kepada pegawai memenuhi asas pertimbangan dan kriteria kenaikan pangkat yang ditetapkan.

Penilaian Prestasi Staf

Penilaian Prestasi Staf

Mulai 2011, Sasaran Kerja Tahunan (SKT) akan dilaksanakan secara on-line (web based) melalui Human Capital Management System (HCMS). Kriteria Penilaian adalah berdasarkan komponen-komponen utama iaitu komponen dari M1 hingga M5. Manakala untuk staf akademik, penilaian berdasarkan komponen dari A hingga J.

Anugerah Dalam Perkhidmatan

Anugerah Dalam Perkhidmatan

Antara majlis utama penghargaan universiti kepada staf

  • Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang
  • Majlis Sanjungan Budi
  • Majlis Jasamu Dikenang
  • Majlis Sejambak Budi

Kebajikan Staf

Kebajikan Staf

Pihak Universiti amat peka tentang isu kebajikan staf. Tabung ini telah berfungsi membantu meringankan beban dan memberi faedah kepada aspek kebajikan sebagai satu usaha meringankan beban secara kolektif untuk kesejahteraan staf Universiti Sains Malaysia.

Faedah & Kemudahan

Faedah & Kemudahan

Pelbagai faedah dan kemudahan yang disediakan oleh pihak Universiti kepada staf. Di antaranya adalah seperti kemudahan perubatan, klinik panel, pemberian pakaian seragam kepada staf yang berkelayakan, pinjaman perumahan, elaun pelbagai dan sebagainya.

Cuti Dalam Perkhidmatan

Cuti Dalam Perkhidmatan

Antara jenis-jenis cuti dalam perkhidmatan

  • Cuti Rehat
  • Cuti Separuh Gaji
  • Cuti Gantian/Cuti Pampasan
  • Cuti Tanpa Rekod
  • Cuti Atas Sebab Perubatan
  • Cuti Menjaga Anak
  • Gantian Cuti Rehat - Award Wang TUnai (GCR-AWT) Bagi Cuti Rehat Yang Tidak Dapat Dihabiskan
  • Cuti Berkursus
  • Cuti Sabatikal
  • Cuti Penyelidikan
  • Cuti Bencana Alam
  • Cuti Haji

Pencen dan Saraan

Pencen dan Saraan

Tiga (3) Jenis Persaraan

  • Persaraan Wajib/Persaraan Paksa/Kesihatan
  • Persaraan Pilihan
  • Persaraan Atas Sebab Kesihatan
  • Persaraan Atas Sebab Kematian