Dr. Haji Musa Bin Ali

Dr. Haji Musa Bin Ali

Pengarah

Di samping bertugas sebagai Pengarah Bahagian Sumber Manusia, beliau juga adalah Pengasas dan Pengarah Pusat Inovasi dan Produktiviti Pentadbiran Awam (PIPPA), Universiti Sains Malaysia. Telah menghasilkan dua buah buku iaitu ‘Transformasi Pengurusan Latihan Sektor Awam’ yang dilancarkan oleh Menteri Pengajian Tinggi pada 2008 dan yang terbaru ialah “Transformasi Organisasi: Konsep dan Teknik Pelaksanaan,” (2015). ‘MyCPD’ sistem pembelajaran sepanjang hayat yang beliau asaskan telah dilancarkan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN) pada 2008.


Pada tahun 2008 juga beliau telah dianugerahkan biasiswa oleh Centre for Creative Leadership, Amerika Syarikat dan adalah certiļ¬ed facilitator untuk Benchmarks®, SKILLSCOPE®, Prospector®, 360 BY DESIGN®, Executive Dimension® dan KEYS®. Pada 2010 pernah bekerja sebagai perunding sumber manusia sebuah jabatan kerajaan di Australia dan terlibat dalam membangunkan kerangka kompetensi untuk jabatan berkenaan. Pada 2015 dilantik sebagai felo pelawat di CED4 -System Dynamics Group, University of Palermo, Itali

Pengasas & Pengarah Pusat Inovasi dan Produktiviti Pentadbiran Awam (PIPPA), Universiti Sains Malaysia
Perunding Sumber Manusia