Mesej Pengarah

PENGARAH SUMBER MANUSIA

Pengarah
Bahagian Sumber Manusia (BSM)
Universiti Sains Malaysia

Assalamualaikum wbt & Salam Hormat,

Saya mengucapkan selamat datang ke laman web rasmi Bahagian Sumber Manusia, Universiti Sains Malaysia (USM). BSM merupakan sebuah bahagian yang bertanggungjawab menguruskan hal ehwal yang berkaitan pengambilan, pengekalan dan pembangunan sumber manusia di USM.

Laman Web ini diwujudkan adalah bertujuan sebagai platform komunikasi dan penyebaran maklumat di antara BSM dan pelanggan yang terdiri daripada pelajar, staf, penyelidik, ahli-ahli akademik dan agensi luar.

Selaras dengan hasrat Kerajaan Malaysia untuk meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan awam yang lebih efisen, BSM telah menyediakan capaian maklumat dan perkhidmatan antaranya seperti hebahan pengambilan staf baharu, Kenaikan Pangkat, Perubatan, Dasar dan Pekeliling serta lain-lain capaian yang berkaitan.

Akhir kata , sekali lagi saya mengucapkan selamat melayari laman web BSM dan kami sentiasa terbuka kepada sebarang cadangan dan pandangan positif untuk memperbaiki laman web untuk manfaat semua.

Sekian. Terima kasih.

Wassalam

Dr. Musa Ali