GARIS PANDUAN PELAKSANAAN WAKTU BEKERJA FLEKSI (WBF) UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM)

Tarikh Kuatkuasa : Mulai 1 Oktober 2019

Kategori Staf Terlibat

  1. Staf pentadbiran dan pelaksana Universiti yang bertugas mengikut waktu bekerja biasa pejabat (normal shift).
  2. Staf yang bertugas secara “shift” adalah dikecualikan.
  3. Dikuatkuasakan kepada semua kampus Universiti.

Pelaksanaan WBF Di USM

 Kampus  Hari Waktu Masuk (Pagi) Waktu Pulang (Petang)  *Tempoh Bekerja Sehari
 PULAU PINANG  Isnin – Jumaat  7.30 – 9.00  4.30 – 6.00  9 jam
 KELANTAN

 Ahad – Rabu

Khamis

7.30 – 9.00 

 4.30 – 6.00

3.00 – 4.30

9 jam

7.5 jam 

* Termasuk waktu rehat (tengahari) selama 1 jam pada hari Isnin hingga hari Khamis (jam 1.00 tengahari – 2.00 petang) dan selama 2.5 jam pada hari Jumaat (jam 12.15 tengahari hingga 2.45 petang).

Pelaksanaan WBF Di USM

  1. Bagi PTJ yang mempunyai perkhidmatan kaunter, masa rasmi perkhidmatannya adalah masih mulai jam 8.10 pagi hingga 5.10 petang. 
  2. Ketua-Ketua Jabatan adalah bertanggungjawab untuk memastikan perkhidmatan kaunter dan sokongan kepada perkhidmatan kaunter PTJ masing-masing adalah beroperasi seperti biasa mulai jam 8.10 pagi hingga 5.10 petang.

Menjalankan Tugas Rasmi Di Luar Pejabat Tetapi Di Dalam Stesen (dalam lingkungan 25 km dari kampus USM)
Sekiranya staf dikehendaki menjalankan tugas rasmi di luar pejabat tetapi di dalam stesen, staf boleh pulang dari pejabatnya mengikut ketetapan berikut :-

  1. Sekiranya staf mengetik kehadiran masuk mengikut waktu masuk WBF, staf boleh pulang mengikut waktu pulang WBF dengan syarat memenuhi tempoh waktu bekerja sehari.
  2. Sekiranya staf tidak mengetik kehadiran masuk, staf boleh pulang berdasarkan waktu tugasan rasmi bermula seperti berikut :-
    • jika tugasan rasmi bermula sebelum jam 7.30 pagi, waktu pulang staf adalah jam 4.30 petang.
    • jika tugasan rasmi bermula di antara jam 7.30 pagi hingga 9.00 pagi, waktu pulang staf adalah antara jam 4.30 petang hingga 6.00 petang dengan syarat memenuhi tempoh waktu bekerja sehari.
    • jika tugasan rasmi bermula selepas jam 9.00 pagi, waktu pulang staf adalah jam 6.00 petang.

Menjalankan Tugas Rasmi Di Luar Stesen
Staf yang dikehendaki menjalankan tugas rasmi di luar stesen dan kembali ke pejabat pada hari selesainya tugas rasmi tersebut, staf boleh pulang dari pejabatnya pada jam 4.30 petang.

Meninggalkan Pejabat Dalam Waktu Bekerja

  1. Pelaksanaan peraturan mengenai kebenaran untuk meninggalkan pejabat dalam waktu bekerja bagi tujuan menyelesaikan urusan persendirian adalah maksimum selama dua (2) jam sehari bagi staf USM [Perintah Am 5 Bab G Tahun 1974 dan Surat Edaran JPA(SARAAN)(S)1619 Klt. 16 (7) bertarikh 9 Disember 2009].
  2. Di bawah pelaksanaan WBF ini :-
    • Sekiranya staf mengetik kehadiran masuk pejabat di antara jam 7.30 pagi hingga 9.00 pagi, kebenaran pelepasan bermula mengikut tempoh pelepasan yang dimohon oleh staf.
    • Sekiranya staf tidak mengetik kehadiran masuk pejabat di antara jam 7.30 pagi hingga 9.00 pagi, kebenaran pelepasan dikira bermula jam 9.01 pagi.

Kebenaran Kepada Staf Wanita Mengandung Pulang Awal Satu (1) Jam
Pelaksanaan kebenaran pulang awal satu jam kepada staf wanita mengandung seperti dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2017 adalah terpakai dalam pelaksanaan WBF ini.

Menjalankan Kerja Lebih Masa
Staf yang diarahkan menjalankan kerja lebih masa, bayaran lebih masa boleh dibayar tertakluk kepada peraturan semasa berkaitan Bayaran Lebih Masa.

Tanggungjawab Ketua Jabatan

  1. Ketua Jabatan, atas kepentingan perkhidmatan boleh mengarahkan mana-mana staf untuk hadir ke pejabat pada masa yang dikehendaki dari segi tempoh waktu masuk.
  2. Ketua Jabatan adalah bertanggungjawab memantau waktu bekerja staf dengan memastikan prosedur dan syarat yang ditetapkan dipatuhi oleh semua staf di PTJ masing-masing.
  3. PTJ yang mempunyai perkhidmatan kaunter, Ketua Jabatan hendaklah memastikan perkhidmatan kaunter tersebut tidak terjejas dengan pelaksanaan WBF.
  4. Bagi perkhidmatan kaunter yang perlu dibuka secara berterusan semasa waktu rehat (tengahari), Ketua Jabatan boleh membuat penyesuaian kepada waktu rehat staf dengan syarat masa rehat staf diganti pada hari yang sama.

Rujukan/Pertanyaan

  1. Pegawai-pegawai berikut (mengikut kampus) boleh dihubungi jika mempunyai sebarang pertanyaan lanjut mengenai perlaksanaan WBF ini :-
 KAMPUS INDUK KAMPUS KEJURUTERAAN
Encik Mohd Azizudin Mohd Shariff Timbalan Pendaftar Kanan, Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar
No. sambungan 6070/6071 / This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Encik Mohd Zulkarnain Mohamad Tajulariffin
Timbalan Pendaftar, Pejabat Pendaftar, Jabatan Pendaftar
No. sambungan 6084 / This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Puan Norazreen Razak
Penolong Pendaftar Kanan, Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar
No. sambungan 6087 / This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Encik Muhammad Fariz Ahmad Ali
Penolong Pendaftar Kanan, Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar
No. sambungan 6094 / This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Dr. Amir Imran Zainoddin
Ketua Penolong Pendaftar, Jabatan PendaftarNo. sambungan 5010 /This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

KAMPUS KESIHATAN INSTITUT PERUBATAN & PERGIGIAN TERMAJU (IPPT)
  Tuan Haji Yusoff Abdullah
Timbalan Pendaftar Kanan, Jabatan Pendaftar
No. sambungan 2000 / This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Encik Ihsanul Anwar Shamsur Rahim
Timbalan Pendaftar, Seksyen Pengurusan
No. sambungan 2004 / This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
  • Hits: 7168

ALAMAT

Bahagian Sumber Manusia
Aras 4, Bangunan Canselori
11800 USM, Universiti Sains Malaysia
Tel : +604 653 6103
Fax : +604 653 9107/4315
Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.  |

PENGUNJUNG

Flag Counter