Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh (PPPJJ) ingin mempelawa individu Warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan sebagai Pensyarah Universiti (Tetap) seperti di bawah :
i. Pensyarah Universiti VK7 (Profesor)
ii. Pensyarah Universiti DS14 (Profesor Madya)
iii. Pensyarah Universiti DS13
bagi Bidang Pengurusan :
i. Ekonomi (Kewangan Antarabangsa)
3. Sehubungan dengan itu, bersama-sama ini disertakan iklan jawatan tersebut untuk makluman berkaitan. Tarikh tutup permohonan adalah pada 24 Mac 2025 (Isnin).
4. Sebarang pertanyaan lanjut boleh dikemukakan kepada Encik Mohd Rashid bin Abdul Rejab, Timbalan Pendaftar, Bahagian Sumber Manusia, PPP Jarak Jauh, USM di talian 04-653 2295 atau emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..
Sekian, terima kasih.
“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Dekan
Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh
Universiti Sains Malaysia