• Home
  • .
  • HEBAHAN IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN AKADEMIK DI PUSAT PENGAJIAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK, KAMPUS KEJURUTERAAN, UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

HEBAHAN IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN AKADEMIK DI PUSAT PENGAJIAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK, KAMPUS KEJURUTERAAN, UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
  dan Selamat Sejahtera,
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia (USM) sedang membuka peluang untuk mengisi kekosongan jawatan Pensyarah Akademik (Tetap) seperti berikut:

1. Pensyarah Universiti VK7 (Profesor)
2. Pensyarah Universiti DS14 (Profesor Madya) 
3. Pensyarah Universiti DS13 

Calon yang berminat dan berkelayakan dipelawa untuk mengemukakan permohonan lengkap dengan menyertakan dokumen berikut: 

1. Surat permohonan rasmi, 
2. Curriculum Vitae (CV) terkini, 
3. Salinan sijil akademik,  
4. Dokumen sokongan berkaitan. 

Semua dokumen hendaklah dihantar melalui emel selewat-lewatnya pada 15 April 2025 kepada: 

DEKAN
Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik 
Kampus Kejuruteraan 
Universiti Sains Malaysia 
14300, Nibong Tebal, Pulau Pinang

Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada pejabat Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik di Kampus Kejuruteraan. Kerjasama dan perhatian pihak tuan/puan terhadap hebahan ini amat dihargai.

"MALAYSIA MADANI"

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menjalankan amanah,
 

b.p  Puan Nur Husna Mansor
       Penolong Pendaftar Kanan
       Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik

----------------------------------------------------------------------------------
Nurul Shuhada binti Mansor
Pembantu Tadbir (P/O) N1
Pengurusan Sumber Manusia 
Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
Kampus Kejuruteraan USM
14300 Nibong Tebal
PULAU PINANG
No. Tel : +604 599 6007  | Faks: +604 599 6909

ALAMAT

Bahagian Sumber Manusia
Aras 4, Bangunan Canselori
11800 USM, Universiti Sains Malaysia
Tel : +604 653 6103
Fax : +604 653 9107/4315
Email : bsm@usm.my  |

  • Last Modified: Wednesday 14 May 2025.

PENGUNJUNG

Flag Counter