Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Teknologi Pengajaran dan Multimedia (PTPM), Universiti Sains Malaysia (USM) ingin mempelawa individu yang berkelayakan untuk memohon jawatan Pensyarah Akademik (Tetap) seperti berikut di Pusat Teknologi Pengajaran dan Multimedia (PTPM), Universiti Sains Malaysia (USM):
i. Pensyarah Universiti VK7 (Profesor)
ii. Pensyarah Universiti DS14 (Profesor Madya)
iii. Pensyarah Universiti DS13
3. Calon yang berminat dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan adalah dipelawa untuk mengemukakan permohonan sebelum tarikh tutup pada 30 April 2025. Maklumat lanjut mengenai syarat kelayakan dan tatacara permohonan boleh diperolehi melalui iklan seperti di lampiran.
Sekian.
"MALAYSIA MADANI"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
Saya yang menjalankan amanah,
(PROFESOR DR. WAN AHMAD JAAFAR BIN WAN YAHAYA)
Pengarah
Pusat Teknologi Pengajaran dan Multimedia (PTPM)
Universiti Sains Malaysia