IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN
EKSEKUTIF PENTADBIRAN (LATIHAN DAN PEMBANGUNAN) KONTRAK - PROJEK CENTRE FOR EXECUTIVE EDUCATION & DEVELOPMENT (CEED), PUSAT PENGAJIAN SISWAZAH PERNIAGAAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
TEMPOH LANTIKAN
Satu (1) Tahun
SPESIFIKASI KERJA
Calon yang dilantik akan berperanan sebagai EKSEKUTIF PENTADBIRAN (Latihan dan Pembangunan) dan bertanggungjawab terhadap perkara-perkara berikut:
- Merancang dan mengurus segala urusan pentadbiran di CEED yang berkaitan dengan program latihan dan pembangunan professional.
- Merancang serta menyelaras kelas-kelas bagi program profesional untuk pelanggan korporat yang menjalankan latihan secara in-house.
- Mengurus dokumentasi yang diperlukan untuk memenuhi keperluan HRDF Corporation.
- Berurus dengan pelbagai pihak berkepentingan (stakeholders) dalam memastikan kelancaran pelaksanaan semua program latihan profesional.
- Merancang dan melaksanakan semua urusan berkaitan dengan majlis graduasi untuk pelanggan korporat CEED termasuk penyediaan sijil.
- Melibatkan diri dalam aktiviti perkhidmatan universiti, komuniti dan industri
KELAYAKAN
- Warganegara Malaysia yang memiliki kelulusan Ijazah Sarjana Muda atau Diploma daripada institusi pengajian tinggi tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan, atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
- Lulus dengan Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
- Mempunyai penguasaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yang baik, secara lisan mahupun bertulis.
KRITERIA TAMBAHAN
- Calon yang mempunyai kemahiran dalam teknologi digital akan diberi keutamaan.
- Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk sesi temuduga.
GAJI DAN ELAUN
Gaji Pukal: RM2,500.00 (sebulan)
CARA MEMOHON
Calon yang berminat boleh mengemukakan Butir Jaya Diri (CV) beserta salinan sijil akademik yang berkaitan melalui e-mel selewat-lewatnya pada 1 MEI 2025 kepada:
Dekan
Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan
Universiti Sains Malayisa