Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (PPIP), Universiti Sains Malaysia (USM) mempelawa individu yang berkelayakan untuk memohon jawatan Pensyarah Universiti (Tetap) dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Pendidikan Bahasa Melayu, Pendidikan Sejarah dan Kaunseling di PPIP, USM.
Calon-calon yang berminat dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan adalah dipelawa untuk mengemukakan permohonan sebelum tarikh tutup pada 9 Jun 2025 (Isnin).
Maklumat lanjut mengenai syarat kelayakan dan tatacara permohonan boleh diperolehi melalui iklan seperti di dalam lampiran.
Sekian, terima kasih.
"MALAYSIA MADANI"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
Saya yang menjalankan amanah,
(PROF. MADYA DR. RAHIMI CHE AMAN)
Dekan
Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan
Universiti Sains Malaysia