HEBAHAN PENDAFTAR BIL. 26 TAHUN 2024 : PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA TAHUN 2024

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Peperiksaan Perkhidmatan Universiti Tahun 2024 akan diadakan pada bulan Jun 2024. Staf yang perlu lulus peperiksaan perkhidmatan sebagai syarat untuk disahkan dalam jawatan diminta mengambil perhatian tentang perkara ini dan memohon untuk mengambil peperiksaan berkenaan.

2.  Kerjasama tuan/puan diminta untuk memaklumkan kepada semua staf yang terlibat di Pusat Pengajian/Jabatan/Unit tuan/puan untuk mengemukakan permohonan mereka. Sehubungan itu juga, pihak Universiti telah menetapkan agar Peperiksaan Perkhidmatan Staf USM dijalankan secara dalam talian (online) di satu tempat khas yang akan ditentukan Universiti..

3.  Staf Yang Layak Mengambil Peperiksaan

Staf yang layak mengambil peperiksaan ialah sebagaimana yang telah disyaratkan di bawah Skim Perkhidmatan Universiti Sains Malaysia (Sila rujuk kepada Lampiran A untuk menentukan kertas-kertas peperiksaan yang perlu diambil). Staf yang baharu dilantik dan yang belum disahkan dalam jawatan juga dinasihatkan menyemak surat pelantikan bagi keperluan untuk menduduki peperiksaan.

4.  Jadual Peperiksaan

Peperiksaan akan diadakan pada bulan Jun 2024. Tarikh sebenar bagi setiap kertas peperiksaan akan ditentukan selepas permohonan diproses. Jadual waktu peperiksaan akan diberikan kepada setiap calon sebelum peperiksaan diadakan. Sebarang pindaan kepada jadual waktu peperiksaan akan dimaklumkan kepada calon-calon yang terlibat. Setiap calon yang akan mengambil peperiksaan perlu mematuhi peraturan/arahan yang akan dilampirkan bersama jadual peperiksaan tersebut. Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai sukatan peperiksaan yang akan diadakan, calon boleh mendapatkan maklumat tersebut melalui laman web bsm.usm.my.


5.  Permohonan

Staf yang ingin mengambil peperiksaan perlu membuat permohonan melalui Campus Online pada menu e-Exam. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berhubung perkara di atas, sila hubungi Encik Muhammad Fariz Ahmad Ali, Penolong Pendaftar Kanan, Unit Perkhidmatan & Saraan, Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar (sambungan 6094 / 6098; This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.).


6. 
Tarikh Tutup Permohonan

Tarikh tutup permohonan ialah pada 25 Mac 2024. Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup akan ditolak.

********************************************************************************************************************************************************

LAMPIRAN A

SENARAI KERTAS PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN 
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA TAHUN 2024


GRED 41

1.  Pegawai Kewangan W41 📁

  • Kertas 1 - Pegawai Kewangan (Umum)
  • Kertas 2 - Pegawai Kewangan (Subjek Jabatan)

2.  Pegawai Teknologi Maklumat F41 📁

  • Kertas 1 - Pegawai Teknologi Maklumat (Umum)
  • Kertas 2 - Pegawai Teknologi Maklumat (Subjek Jabatan)


GRED 29

3.  Penolong Akauntan W29 📁

     (a)  Kertas 1  -  Penolong Akauntan (Umum)
     (b)  Kertas 2  -  Penolong Akauntan (Subjek Jabatan)

4.  Penolong Pegawai Tadbir N29 📁

     (a)  Kertas 1  -  Penolong Pegawai Tadbir (Umum)
     (b)  Kertas 2  -  Penolong Pegawai Tadbir (Subjek Jabatan)

 GRED 19

5.  Juruteknik Perubatan U19 📁

     (a)  Kertas 1 - Juruteknik Perubatan (Umum)
     (b)  Kertas 2 - Juruteknik Perubatan (Subjek Jabatan)

6.  Pembantu Keselamatan KP19 📁

     (a)  Kertas 1 - Pembantu Keselamatan (Umum)
     (b)  Kertas 2 - Pembantu Keselamatan – Teori  (Subjek Jabatan)
     (c)  Kertas 2 - Pembantu Keselamatan – Amali (Subjek Jabatan)

7.  Pembantu Penyediaan Makanan N19 📁

     (a)  Kertas 1 - Pembantu Penyediaan Makanan (Umum)
     (b)  Kertas 2 - Pembantu Penyediaan Makanan (Subjek Jabatan)

8.  Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19 📁

     (a)  Kertas 1  -  Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) (Umum)
     (b)  Kertas 2  -  Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) (Subjek Jabatan)
     (c)  * IT Skills Assessment And Certification (ISAC)

 * Calon yang dilantik mulai 1 Januari 2018 perlu menduduki kertas peperiksaan ISAC bagi tujuan pengesahan dalam jawatan.

 GRED 11

9.  Pengawal Keselamatan KP11 📁

     (a)  Kertas 1 - Pengawal Keselamatan KP11 (Subjek Utama)
     (b)  Kertas 2 - Pengawal Keselamatan – Teori  (Subjek Jabatan)
     (c)  Kertas 2 - Pengawal Keselamatan – Amali (Subjek Jabatan)

ALAMAT

Bahagian Sumber Manusia
Aras 4, Bangunan Canselori
11800 USM, Universiti Sains Malaysia
Tel : +604 653 6103
Fax : +604 653 9107/4315
Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.  |

PENGUNJUNG

Flag Counter