HEBAHAN PENDAFTAR BIL. 27 TAHUN 2024 : PEPERIKSAAN PENINGKATAN SECARA LANTIKAN (PSL) TAHUN 2024

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Peperiksaan Peningkatan Secara Lantikan (PSL) Tahun 2024 akan diadakan pada bulan Jun 2024. Pihak Universiti telah menetapkan agar Peperiksaan Peningkatan Secara Lantikan (PSL) dijalankan secara dalam talian (online) di satu tempat khas yang akan ditentukan Universiti.

 2.  Senarai kertas peperiksaan Peningkatan Secara Lantikan (PSL) adalah seperti berikut:

    (a)    Pegawai Kewangan W41 📁
    (b)    Penolong Pegawai Sains C29 📁
    (c)    Penolong Pegawai Teknologi Maklumat FA29 📁
    (d)    Penolong Pegawai Keselamatan KP29 📁
    (e)    Penolong Pegawai Penerbitan N29 📁
    (f)     Penolong Pegawai Tadbir N29 📁
    (g)    Penolong Pegawai Belia dan Sukan S29
    (h)    Penolong Pustakawan S29 📁
    (i)     Penolong Akauntan W29 📁
    (j)     Pembantu Keselamatan KP19 📁
    (k)    Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19 📁


3.  Staf Yang Layak Mengambil Peperiksaan

Staf yang layak mengambil peperiksaan ialah staf yang telah sah dalam jawatan yang disandang:

(a)   Pegawai Kewangan W41

  • Untuk staf dalam jawatan Penolong Akauntan gred W29/32/36

(b)   Penolong Pegawai Sains C29

  • Untuk staf dalam jawatan Pembantu Makmal gred C19/22/26

(c)   Penolong Pegawai Teknologi Maklumat FA29

  • Untuk staf dalam jawatan Juruteknik Komputer gred FT19/22/26

(d)  Penolong Pegawai Keselamatan KP29

  • Untuk staf dalam jawatan Pembantu Keselamatan gred KP19/22/26

(e)  Penolong Pegawai Penerbitan N29   

  • Untuk staf dalam jawatan Pembantu Penerbitan gred N19/22/26

(f)  Penolong Pegawai Tadbir N29

  • Untuk staf dalam jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) gred N19/22/26/28;
  • Pembantu Setiausaha Pejabat gred N19/22/26; dan
  • Pembantu Tadbir (Kewangan) gred W19/22/26/28

(g)  Penolong Pegawai Belia dan Sukan S29

  • Untuk staf dalam jawatan Pembantu Belia dan Sukan gred S19/22/26

(h)  Penolong Pustakawan S29

  • Untuk staf dalam jawatan Pembantu Pustakawan gred S19/22/26; dan
  • Pembantu Pemuliharaan S19/22/26

(i)   Penolong Akauntan W29

  • Untuk staf dalam jawatan Pembantu Akauntan gred W19/22/26; dan
  • Pembantu Tadbir (Kewangan) gred W19/22/26/28

(j)   Pembantu Keselamatan KP19

  • Untuk staf dalam jawatan Pengawal Keselamatan gred KP11/14/16

(k)  Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19

  • Untuk staf dalam jawatan Pembantu Operasi N11/14/16; dan
  • Pemandu Kenderaan H11/14/16


4.  Had Umur Permohonan (selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bil 11/2013)

     (a)   Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh permohonan bagi pegawai yang umur persaraan wajib 55 tahun atau 56 tahun; atau

     (b)   Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh permohonan bagi pegawai yang umur persaraan wajib 58 tahun; atau

     (c)   Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh permohonan bagi pegawai yang umur persaraan wajib 60 tahun


5.  Jadual Peperiksaan

Peperiksaan akan diadakan pada bulan Jun 2024. Tarikh sebenar bagi setiap kertas peperiksaan akan ditentukan selepas permohonan diproses. Jadual waktu peperiksaan akan diberikan kepada setiap calon sebelum peperiksaan diadakan. Sebarang pindaan kepada jadual waktu peperiksaan akan dimaklumkan kepada calon-calon yang terlibat. Setiap calon yang akan mengambil peperiksaan perlu mematuhi peraturan/arahan yang akan dilampirkan bersama jadual peperiksaan tersebut. Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai sukatan peperiksaan yang akan diadakan, calon boleh mendapatkan maklumat tersebut melalui bsm.usm.my.

6.  Permohonan

Staf yang ingin mengambil peperiksaan perlu membuat permohonan melalui Campus Online pada menu e-Exam. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berhubung perkara di atas, sila hubungi Encik Muhammad Fariz Ahmad Ali, Penolong Pendaftar Kanan, Unit Perkhidmatan & Saraan, Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar (sambungan 6094 / 6098; This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.).


7.  Tarikh Tutup Permohonan

Tarikh tutup permohonan ialah pada 25 Mac 2024. Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup akan ditolak.



 

ALAMAT

Bahagian Sumber Manusia
Aras 4, Bangunan Canselori
11800 USM, Universiti Sains Malaysia
Tel : +604 653 6103
Fax : +604 653 9107/4315
Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.  |

PENGUNJUNG

Flag Counter