• Home
  • HEBAHAN
  • Sejiwa Voice USM 2024 - Pertandingan Nyanyian Lagu-Lagu Bertemakan Kesedaran Kesejahteraan Mental Bersempena Sambutan Bulan Kaunseling Kebangsaan Peringkat USM Tahun 2024 Anjuran Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar

Sejiwa Voice USM 2024

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera.

YBhg. Dato' Seri/ Datuk/Dato'/Datin/Prof./Tuan/Puan,

Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar, Universiti Sains Malaysia akan menganjurkan SEJiwa Voice USM 2024, Pertandingan Nyanyian Lagu-Lagu Bertemakan Kesedaran Kesejahteraan Mental bersempena  Sambutan Bulan Kaunseling Kebangsaan Peringkat USM tahun 2024.

Matlamat penganjuran SEJiwa USM 2024 adalah sebagai salah satu inisiatif untuk meningkatkan kesedaran, pemahaman dan sokongan terhadap kesihatan mental dalam kalangan warga Universiti dan sekitarnya. SEJiwa juga merupakan usaha dan kempen dalam membasmi stigma terhadap penyakit mental, disamping memastikan warga Universiti serta orang awam untuk lebih peka dan celik minda dalam membicarakan isu-isu yang berkaitan kesihatan mental secara terbuka. Oleh itu, melalui penganjuran ini, Universiti Sains Malaysia dapat mencipta persekitaran yang menyokong kesihatan mental serta membantu mencapai kehidupan warganya yang lebih seimbang dan sihat.

Sehubungan dengan itu, Bahagian ini berbesar hati menjemput warga USM (Staf & Pelajar) yang berminat untuk menyertai PERTANDINGAN SEJIWA VOICE USM 2024 (Pertandingan Nyanyian Lagu-Lagu Bertemakan Kesedaran Kesejahteraan Mental/ Psikologi/ Kejiwaan/ Cinta Kepada Diri) dengan membuat pendaftaran menerusi pautan di bawah atau mengimbas kod QR yang tertera pada poster seperti di atas.


Borang Pendaftaran SEJiwa
Voice

https://forms.gle/eyYHBaKZ8RNT6Tto8


Bersama e-mel ini disertakan poster program untuk bantuan hebahan kepada semua staf & pelajar di bawah Pusat Tanggungjawab masing-masing.

Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan perkara ini, YBhg. Dato'Seri/Datuk/Dato'/Datin/Prof./Tuan/Puan, boleh menghubungi urus setia seperti butiran di bawah : -

 

Urus setia Pertandingan SEJiwa Voice :

Puan Nur Amirah Asyikin binti Hasmizar
Pegawai Psikologi
Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar
No. Tel : 04-653 6077  | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. 


Pengarah Projek SEJiwa USM 2024

Encik Mohamad Shafieq bin Ishak
Pegawai Psikologi
Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar
No. Tel : 04-653 6072  | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.   

Pendaftaran boleh dibuat menerusi pautan atau mengimbas kod QR yang tertera pada poster seperti di atas. Tarikh tutup penyertaan adalah sebelum atau selewat-lewatnya pada 28 Mei 2024 (Selasa).

Perhatian dan kerjasama YBhg. Dato'Seri/Datuk/Dato'/Datin/Prof./Tuan/Puan dalam hal ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

 

ALAMAT

Bahagian Sumber Manusia
Aras 4, Bangunan Canselori
11800 USM, Universiti Sains Malaysia
Tel : +604 653 6103
Fax : +604 653 9107/4315
Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.  |

  • Last Modified: Monday 16 December 2024.

PENGUNJUNG

Flag Counter