Saya dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Untuk makluman tuan/puan, pihak BSM telah mengemaskini dokumen-dokumen pesara bagi kes persaraan selepas perkhidmatan. Dokumen-dokumen ini boleh dimuat turun dari laman sesawang Bahagian Sumber Manusia, Universiti Sains Malaysia, bsm.usm.my bagi memudahkan pesara atau waris berkaitan untuk mendapatkan dokumen tersebut secara atas talian.

3. Berikut merupakan penerangan ringkas berkaitan dokumen yang dikepilkan untuk makluman dan rujukan tuan/puan selanjutnya.


PENYEDIAAN DOKUMEN BAGI PERSARAAN SELEPAS PERKHIDMATAN

1.  Permohonan Faedah Terbitan Bagi Kematian Dalam Persaraan

Borang ini bertujuan bagi membolehkan waris mengemaskini maklumat serta menerima faedah persaraan.

Waris yang boleh memohon faedah terbitan adalah seperti berikut :

  • Suami
  • Isteri
  • Anak Kandung / Anak Angkat / Anak OKU dengan mengisi Borang Laporan Pengesahan Pakar Perubatan Mengenai Anak Kurang Upaya Tanggungan Pesara
  • Ibu atau Bapa

2.  Permohonan Bantuan Mengurus Jenazah (BMJ)

Borang ini bertujuan bagi membolehkan waris untuk menerima bantuan pengurusan jenazah dari pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi kes kematian dalam persaraan.


3. 
Permohonan Kemaskini Maklumat Gantian Kad Pesara

Borang ini bertujuan bagi membolehkan pesara atau waris untuk mendapatkan salinan kad pesara disebabkan kehilangan atau kerosakan.


Muat turun Dokumen Bagi Persaraan Selepas Perkhidmatan

  
Sekian, terima kasih.

ALAMAT

Bahagian Sumber Manusia
Aras 4, Bangunan Canselori
11800 USM, Universiti Sains Malaysia
Tel : +604 653 6103
Fax : +604 653 9107/4315
Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.  |

PENGUNJUNG

Flag Counter