• Home
  • HEBAHAN
  • Pemakluman Inisiatif Pemberian Geran Komputer Staf

PEMAKLUMAN INISIATIF PEMBERIAN GERAN KOMPUTER KEPADA STAF UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM)

Selari dengan perancangan serta strategi yang telah diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri Pendidikan Tinggi, inisiatif pemberian geran komputer ini dilihat dapat menyokong salah satu fokus utama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) Tahun 2024 iaitu Pemantapan Ekosistem Pemboleh Daya. Ini merupakan hala tuju dalam meningkatkan secara optimum keupayaan dan ketangkasan mengejar dan mendakap perubahan (IR4.0, AI dan kecanggihan transformasi digital).

Inisiatif Pemberian Geran Komputer kepada Staf USM ini telah melalui pertimbangan dan sokongan di Mesyuarat Majlis Teknologi Maklumat (MTM) ke-33 bil.1/2023 bertarikh 9 Mac 2023 serta kelulusan di peringkat Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kewangan (JTK) ke-202 bertarikh 19 Februari 2024 dan seterusnya di Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JKPU) ke-224 bil.5/2024 bertarikh 3 April 2024.

Penerima geran yang layak berpeluang untuk menambahbaik perkakasan masing-masing berdasarkan keperluan. Komputer riba yang dibeli mestilah berkemampuan untuk menyokong keperluan penyampaian tugas hakiki dan keperluan operasi pentadbiran masing-masing. Pemberian geran komputer ini akan dilaksanakan berdasarkan keutamaan staf yang dikenalpasti dan akan diselesaikan untuk satu pusingan dalam tempoh lima (5) tahun. Perincian inisiatif dalam bentuk Garis Panduan dan Soalan Lazim (FAQ) boleh dirujuk menerusi laman sesawang Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar.

Sila klik pada pautan di bawah untuk maklumat lanjut :

Kemaskini pada 19 Julai 2024

ALAMAT

Bahagian Sumber Manusia
Aras 4, Bangunan Canselori
11800 USM, Universiti Sains Malaysia
Tel : +604 653 6103
Fax : +604 653 9107/4315
Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.  |

PENGUNJUNG

Flag Counter