• Home
  • HEBAHAN
  • JEMPUTAN MENYERTAI WACANA ANTARABANGSA: KAUNSELING & KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI (WaKEP) 2024

JEMPUTAN MENYERTAI WACANA ANTARABANGSA: KAUNSELING & KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI (WaKEP) 2024

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.
PERINGATAN MESRA : JEMPUTAN MENYERTAI WACANA ANTARABANGSA: KAUNSELING & KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI (WaKEP), UNIVERSITI SAINS MALAYSIA 2024, ANJURAN BAHAGIAN SUMBER MANUSIA, JABATAN PENDAFTAR
YBhg. Datuk/Dato’ Seri/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan, 
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
Sukacita dimaklumkan bahawa, Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar, Universiti Sains Malaysia akan menganjurkan Wacana Antarabangsa: Kaunseling & Kesejahteraan Psikologi (WaKEP), Universiti Sains Malaysia 2024 atau WaKEP USM International 2024 sempena Sambutan Bulan Kaunseling Kebangsaan Peringkat USM seperti butiran berikut: 
Tarikh:
03 Oktober 2024 (Khamis)
Masa:
08.30 pagi - 04.30 petang
Medium:
Facebook Live @ Perkhidmatan Perundingan & Kaunseling Staf USM
           
Untuk makluman YBhg. Datuk/Dato’ Seri/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan, wacana ini akan bersiaran secara langsung melalui tiga (3) slot di Facebook Perkhidmatan Perundingan dan Kaunseling Staf USM. 
WaKEP USM International 2024 menyediakan platform dinamik bagi berkongsi pengetahuan dan pengalaman daripada barisan penceramah yang digabungkan dari tiga buah negara iaitu Malaysia, Brunei dan Indonesia dalam membincangkan isu kesejahteraan mental secara global. 
Penganjuran wacana seumpama ini bukan sahaja dapat meluaskan skop pertukaran ilmu pengetahuan daripada perspektif negara luar malah dapat membuka minda masyarakat Malaysia khususnya warga USM tentang pentingnya menjaga kesihatan psikologi dan mental mereka. 
Justeru itu, penyertaan bagi wacana ini dibuka secara PERCUMA dengan pemberian mata MyCPD Staf USM, mata MyCSD Pelajar USM, mata PPB Kaunselor Berdaftar Lembaga Kaunselor Malaysia berserta e-Sijil kepada peserta yang berjaya menyertai wacana ini bagi KETIGA-TIGA SESI.
Sehubungan dengan itu, Bahagian ini amat berbesar hati menjemput YBhg. Datuk/Dato’ Seri/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan agar dapat memanjangkan hebahan ini di Pusat Tanggungjawab masing-masing. 
Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini, YBhg. Datuk/Dato’ Seri/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan boleh menghubungi Puan Nur Amirah Asyikin binti Hasmizar di talian 04-653 6077 atau e-mel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. atau En. Mohamad Hafiz bin Yusoff di talian 04-653 6100 atau e-mel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Sekian.
"MALAYSIA MADANI"
 
 "BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
 
 
b.p  PUAN NUR AMIRAH ASYIKIN BINTI HASMIZAR K.B.;P.A.
       Pegawai Psikologi​
       Bahagian Sumber Manusia
       Jabatan Pendaftar

Jabatan Pendaftar

Universiti Sains Malaysia

ALAMAT

Bahagian Sumber Manusia
Aras 4, Bangunan Canselori
11800 USM, Universiti Sains Malaysia
Tel : +604 653 6103
Fax : +604 653 9107/4315
Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.  |

  • Last Modified: Monday 04 November 2024.

PENGUNJUNG

Flag Counter