• Home
  • HEBAHAN
  • JEMPUTAN KE PERTANDINGAN AKHIR & MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN PENTAS PIDATO KESEJAHTERAAN MENTAL (PENTAL) USM 2024 PIALA KETUA PENGARAH PENDIDIKAN TINGGI

JEMPUTAN KE PERTANDINGAN AKHIR & MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN PENTAS PIDATO KESEJAHTERAAN MENTAL (PENTAL) USM 2024 PIALA KETUA PENGARAH PENDIDIKAN TINGGI

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera.

YBhg. Datuk/Dato'Seri/Dato’/Datin/Profesor/Tuan/Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar, Universiti Sains Malaysia dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPT) akan menganjurkan Pertandingan Akhir Pentas Pidato Kesejahteraan Mental (PENTAL) USM 2024 Piala Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi bersempena Sambutan Bulan Kaunseling Kebangsaan Tahun 2024 seperti ketetapan berikut :-

Tarikh : 10 Oktober 2024 (Khamis) | 09:00 pagi
Tempat : Dewan Budaya, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang
Kod Pakaian : Baju Batik / Kurung Batik

Pentas Pidato Kesejahteraan Mental (PENTAL) merupakan program yang julung kalinya diadakan dengan objektif dan tujuan untuk memperkasakan kesedaran kesejahteraan mental dalam kalangan staf Universiti Awam, Universiti Swasta dan Agensi Awam seluruh Malaysia. PENTAL USM 2024 melalui projek inisiatif Pejabat Naib Canselor USM adalah sebuah pentas pidato yang akan mengangkat dan membahaskan isu berkaitan kesihatan dan kesejahteraan mental, pengurusan emosi, bantuan psikososial, perkhidmatan kaunseling dan lain-lain yang berkaitan. PENTAL USM 2024 sekaligus akan menjadi pertandingan yang akan mempromosi dan menghebahkan perkhidmatan perundingan dan kaunseling di setiap organisasi.

Sehubungan dengan itu, Bahagian ini berbesar hati menjemput semua warga staf & pelajar USM sebagai tetamu yang akan menyaksikan Pertandingan Akhir & Majlis Perasmian Penutupan PENTAL USM 2024. Pengesahan kehadiran boleh dilakukan melalui imbasan kod QR seperti dibawah atau laman pautan https://forms.office.com/r/vXU9Ba23d3 sebelum atau selewat-lewatnya pada 08 Oktober 2024 (Selasa). Maklumat lanjut mengenai PENTAL boleh didapati melalui laman web https://pental.usm.my .

Bersama-sama emel ini, disertakan poster dan tentatif terkini untuk hebahan dan rujukan YBhg. Datuk/Dato'Seri/Dato’/Datin/Profesor/Tuan/Puan. Sebarang pertanyaan lanjut berhubung perkara ini boleh menghubungi Encik Muhamad Kamarulzaman bin Omar, Urus Setia PENTAL USM 2024 di talian 04-653 6100.

Kehadiran dan sokongan YBhg. Datuk/Dato'Seri/Dato’/Datin/Profesor/Tuan/Puan dalam meraikan acara PENTAL ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

Jabatan Pendaftar

Universiti Sains Malaysia

ALAMAT

Bahagian Sumber Manusia
Aras 4, Bangunan Canselori
11800 USM, Universiti Sains Malaysia
Tel : +604 653 6103
Fax : +604 653 9107/4315
Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.  |

  • Last Modified: Monday 16 December 2024.

PENGUNJUNG

Flag Counter