Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera.
YBhg. Dato' Seri/ Datuk/Dato'/Datin/Prof./Tuan/Puan,
Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar, Universiti Sains Malaysia pada tahun ini akan menganjurkan Fiesta Seni Ekspresif Jiwa (SEJiwa) bersempena Sambutan Bulan Kaunseling Kebangsaan Peringkat USM Tahun 2025. Melalui Fiesta SEJiwa ini, sebuah pertandingan nyanyian bertemakan kesejahteraan mental iaitu Pertandingan SEJiwa Voice USM 2025 akan dijalankan bagi menyampaikan mesej positif dan sokongan emosi melalui aktiviti seni ekspresif.
Oleh itu, Bahagian ini berbesar hati menjemput Warga Pelajar dan Staf USM serta Agensi Awam & Swasta di Pulau Pinang yang berminat untuk menyertai Pertandingan SEJiwa Voice USM 2025 (Peringkat Saringan) yang akan dijalankan pada:
Tarikh : 12 Jun 2025 (Khamis)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Dewan Tuanku Syed Putra, Universiti Sains Malaysia
Borang pendaftaran : https://rb.gy/kxythk
Pendaftaran boleh dibuat menerusi pautan di atas dan tarikh tutup penyertaan adalah sebelum atau selewat-lewatnya pada 30 Mei 2025 (Jumaat).
Sekian, terima kasih.
b/p
Puan Nur Amirah Asyikin binti Hasmizar K.B.;P.A.
Pegawai Psikologi
Bahagian Sumber Manusia
Jabatan Pendaftar
Universiti Sains Malaysia